Perhimpunan Kita Lawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perhimpunan #KitaLawan telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada hari Sabtu, 7 Mac 2015 dan 28 Mac 2015. Perhimpunan ini tidak mendapat kebenaran polis PDRM kerana bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012. Penganjur menetapkan 3 lokasi utama iaitu Dataran Merdeka, Pejabat Agung Pas dan pusat beli belah Sogo sebelum bergerak ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tujuan mereka berhimpun agar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara di mana beliau menjalani hukuman untuk kes liwat. Mereka juga menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak. Mereka turut menentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6% pada 1 april 2015 ini.

Para aktivis berjalan kaki ke kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mereka mendesak kepada pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengunduran Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak. Perhimpunan kedua ini berkahir dengan aman selepas polis membuat sekatan jalan di persimpangan Menara Berkembar Petronas KLCC.

Antara yang kelihatan hadir pada 28 Mac 2015 ialah Khalid Abdul Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani dan Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan. [1]

Perhimpunan[sunting | sunting sumber]

Himpunan pertama #KitaLawan diadakan pada 7 Mac 2015. Mereka menyeru supaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara di mana beliau menjalani hukuman untuk kes liwat, dan menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu #KitaLawan menambah penentangan terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 6% dalam agenda perhimpunan pada 28 Mac 2015.

Kebetulan pada 28 Mac 2015 adalah hari perkahwinan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Seramai 5,000 hingga 10,000 peserta menurut beberapa anggaran. Mulanya PDRM membenarkan ia berjalan lancar pada 7 Mac, namun keesokan harinya mula menahan ahli politik pembangkang yang turut serta selain aktivis. Mereka sudah pun dibebaskan tetapi disiasat. [2]

Terdapat peserta yang masih membawa anak kecil di bawah ujmjur 15 tahun. Mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), menjadi kesalahan apabila peserta membawa atau merekrut kanak-kanak menyertai sesuatu perhimpunan.

Penahanan[sunting | sunting sumber]

Polis telah menahan beberapa ahli politik dan aktivis iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang juga ahli Parlimen Pandan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja Chang Lih Kang, Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing, dan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang / Tian Chua .

Aktivis yang ditahan ialah Hishamuddin Rais, Michael Tamil, Gan Zhi Mou, Chee Chu Sang dan Yong Ming Chong. Pengkritik menuduh langkah ini sebagai memadamkan perbezaan pendapat dan halangan kepada kebebasan bersuara. PAS memberi amaran kepada polis tindakan ini hanya menambah kebencian terhadap kerajaan.

Pada 28 Mac 2015, seramai 20 anggota polis menahan Tian Chua di Dewan Komuniti Kg Batu Muda dan dibawa ke Pusat Tahanan Jinjang. Beliau sepatutnya mengetuai perarakan #KitaLawan dari Dataran Merdeka ke kompleks Sogo diminta ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Pulau Pinang. Hishamuddin Rais ditahan sebaik sahaja tiba di Dataran Merdeka . Peguam Mohamed Hanipa Maidin dibenarkan berjumpa dengan Mohamad Sabu.

Fariz Musa, setiausaha pengelola PKR dan koordinator Jingga 13 ditangkap bawah Akta Hasutan, selepas perhimpunan #KitaLawan. Beliau berada di IPK Kuala Lumpur, dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk disoal siasat.[3]

[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Himpunan #KitaLawan berakhir dengan aman
  2. ^ "Perhimpunan #KitaLawan berakhir dengan aman". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-01. Dicapai pada 2015-03-28.
  3. ^ "Fariz Musa ditahan selepas himpunan #KitaLawan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-02. Dicapai pada 2015-03-28.
  4. ^ "Tian Chua ditahan, Rafizi, Hishamuddin Rais direman". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-28.