Perkampungan Sunnah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perkampungan Sunnah
ڤرکمڤوڠن سنه
Ceramah dalam edisi 2017
GenreAcara keilmuan Islam
KekerapanTahunan
LokasiMasjid Alwi, Kangar, Perlis
NegaraMalaysia
Tahun aktif
2015 (2015) – kini
Dirasmikan8 Mei 2015; 9 tahun yang lalu (2015-05-08)
Paling terkini
3-5 Mei 2024
Dianjurkan oleh
Kerajaan negeri Perlis
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perkampungan Sunnah (ڤرکمڤوڠن سنه) ialah sebuah acara keilmuan Islam tahunan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri Perlis di Malaysia. Sejak mula dilaksanakan pada 2015, acara ini mengumpul para ilmuwan Islam, dan bertujuan sebagai tempat perkongsian serta perbincangan berkenaan ilmu Islam.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

2020-an[sunting | sunting sumber]

Perkampungan Sunnah tidak diadakan pada 2020 dan 2021 oleh kerana pandemik COVID-19 yang melanda negara, dan bersambung semula pada 2022. Edisi ketujuh pada 2022 menyaksikan kira-kira 20 ribu orang hadir ke perkampungan.[2] Pada masa ini juga, Perkampungan Sunnah dijadikan produk pelancongan agama sempena kempen pelancongan ke Perlis pada 2024 dan 2025.[3]

Edisi[sunting | sunting sumber]

Edisi Tahun Tarikh Tema[4]
1 2015 8 - 10 Mei 2015 Sunnah Mengukuh Ukhwah
2 20 - 22 November 2015 Al-Quran Khazanah Pengetahuan
3 2016 8 - 6 Mei 2016 Hadis Sumber Ilmu dan Tamadun
4 2017 28 - 30 April 2017 Kegemilangan Para Imam Mujtahid
5 2018 11 - 13 Mei 2018 Pembersihan Jiwa Menurut Al-Sunnah
6 2019 19 - 21 April 2019 Maqasid Syariah dalam Kehidupan Ummah
7 2022 19 Jun 2022 Bangkit Membela Sunnah
8 2023 26 - 28 Mei 2023 Membanteras Syirik, Menghapus Khurafat
9 2024 3 - 5 Mei 2024 Jihad: Memartabatkan Dakwah, Mempertahankan Ummah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Etty Zalita Zakaria (2022-06-19). "Perkampungan Sunnah Edisi Ke-7 Platform Perkongsian Ilmu". Dewan Tamadun Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 2024-05-05.
  2. ^ "Perkampungan sunnah terima sambutan luar biasa". Astro Awani. 18 Jun 2022. Dicapai pada 2024-05-05.
  3. ^ Aizat Sharif (28 Julai 2023). "Perkampungan Sunnah tarikan baharu menjelang Tahun Melawat Perlis 2024-2025". Berita Harian. Dicapai pada 5 Mei 2024.
  4. ^ "Perkampungan Sunnah". Jabatan Mufti Negeri Perlis. Dicapai pada 2024-05-05.