Persatuan Veteran Tentera Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib veteran tentera Melayu di Malaysia. Presidennya ialah Mohd Ali Baharom.

Demonstrasi 29 Jun batal[sunting | sunting sumber]

PVTM dikatakan mahu mengadakan demonstrasi pada 29 Jun 2012. MalaysiaKini melaporkan bahawa Mohd. Ali mengeluarkan kenyataan akan mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana mendakwa kementerian berkenaan tidak menghargai PVTM dalam isu kebajikan. Ini tidak dilaporkan oleh akhbar lain. [1] Namun pada 19 Jun 2012, sebaliknya beliau menafikan akan mengadakan demonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan .Pihaknya sentiasa akur dengan pucuk pimpinan tertinggi negara dan merupakan penyokong kuat kerajaan. Kenyataannya sebelum ini disalah tafsir pihak-pihak tertentu yang dilihat mempunyai niat jahat terhadap PVTM.[2]

Senaman punggung[sunting | sunting sumber]

Sekumpulan 15 orang bekas tentera daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengadakan senaman aneh depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara dengan dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung.Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom. Bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April 2012. Mereka turut berarak sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu pagar rumah Ambiga dan membawa sepanduk dengan slogan 'Tolak Ambiga Anwar perusuh haram BERSIH 3.0' dan 'Tolak Ambiga Anwar gila kuasa'. Sebelum itu, pada 10 Mei 2012, sekumpulan peniaga burger dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia telah mengadakan demonstrasi di hadapan kediaman Ambiga . [3][4]

PVTM berhasrat menggempur rumah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula. Mohd Ali Baharom merasakan Khairy tidak patut masuk campur urusan NGO dengan mengkritik tindakan itu sebagai tidak wajar, tidak masuk akal dan menjadi bahan ketawa dunia. Khairy sepatutnya menjaga Pemudanya sahaja sebab saya lihat Pemuda semakin lemah.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]