Piala Sumbangsih 2024

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perisai Komuniti 2024
Stadium Sultan Ibrahim dijadualkan sebagai tuan rumah perlawanan.
Dibatalkan
Tarikh10 Mei 2024 (2024-05-10)[1][2]
TempatStadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor
2023
2025

Piala Sumbangsih 2024 merupakan edisi ke 39 bagi Piala Sumbangsih, sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1985. Perlawanan ini akan dimainkan antara Johor Darul Ta'zim, juara Liga Super 2023 dan Selangor, naib juara Liga Super 2023.

Perlawanan itu diadakan di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024. Ini adalah perlawanan pertama Liga Malaysia memperkenalkan sistem semakan pembantu pengadil video (VAR).[3] Johor Darul Ta'zim merupakan juara bertahan enam kali berturut-turut.

Pada 8 Mei 2024, Selangor mengumumkan penarikan diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih kerana kebimbangan keselamatan berikutan beberapa siri insiden jenayah dan ugutan yang melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan, termasuk pemain mereka, Faisal Halim, yang menjadi mangsa aktiviti jenayah dan mengalami lecur tahap-empat selepas disimbah dengan serangan asid.[4][5][6][7][8] Berikutan penarikan diri Selangor, perlawanan secara rasmi dibatalkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Memandangkan perlawanan itu juga dikira sebagai pusingan pertama musim Liga Super Malaysia 2024–25, ia didaftarkan sebagai kemenangan 3–0 untuk Johor Darul Ta'zim.[9][10][11]

Peraturan[sunting | sunting sumber]

Perlawanan Piala Sumbangsih merupakan perlawanan pertama bagi kejohanan Liga Super di mana pungutan mata perlawanan akan dikira sebagai mata di dalam Liga Super.[12][13][14] Venue bagi perlawanan ini akan diberikan secara automatik kepada kelab yang menjuarai Liga Super pada edisi lepas.[perlu rujukan]

Seperti edisi-edisi terdahulu FAM menetapkan perubahan format sejak 2016,[15] bahawa pemenang edisi lepas, masing-masing dari liga super dan piala Malaysia, akan menentang satu sama lain bagi merebut Piala Sumbangsih. Sekiranya pemenang bagi liga super dan piala Malaysia adalah pasukan yang sama, keputusan pasukan yang akan menentang pemenang liga super dan piala Malaysia tersebut akan ditentukan kemudian oleh badan induk bola sepak berkenaan.[perlu rujukan]

Pemenang akan ditentukan mengikut susunan berikut:[16]

  • Pasukan yang menang dalam perlawanan pada masa penuh, dan jika seri;

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Selangor mendapat kedudukan dalam Piala Sumbangsih selepas menduduki tempat kedua dalam Liga Super 2023.[perlu rujukan] Berdasarkan peraturan semasa, perlawanan akan dimainkan antara juara Liga Super dan juara Piala Malaysia, oleh kerana Johor Darul Ta'zim telah menjuarai Piala Malaysia 2023 dan Liga Super 2023, ianya akan diganti dengan pasukan yang menduduki tempat kedua dalam Liga Super 2023.[16] Johor Darul Ta'zim memenangi tempat mereka selepas menjuarai Liga Super 2023.

Butiran Perlawanan[sunting | sunting sumber]

Johor Darul Ta'zimDibatalkanSelangor


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Liga-M 2024/25 dilangsungkan lima bulan lagi". stadiumastro.com. 23 Disember 2023. Dicapai pada 12 Februari 2024.
  2. ^ "MFL UMUM PERLAWANAN UJIAN SISTEM VAR DAN KEMAS KINI LIGA MALAYSIA 2024-2025". malaysianfootballleague.com. Malaysian Football League. 30 Januari 2024. Dicapai pada 12 Februari 2024.
  3. ^ Msar, Syazwan (8 March 2024). "Piala Sumbangsih cipta sejarah guna VAR". Harian Metro. Dicapai pada 13 April 2024.
  4. ^ "A Malaysian soccer player was splashed with acid the same week two other athletes were attacked". nbcnews.com. NBC News. 8 May 2024. Dicapai pada 9 May 2024.
  5. ^ "Malaysian national footballer Faisal Halim suffers burns after acid attack". straitstimes.com. The Straits Times. 6 May 2024. Dicapai pada 9 May 2024.
  6. ^ K. Rajan (8 May 2024). "Selangor announce their withdrawal from Charity Shield match after acid attack on Faisal Halim". nst.com.my. New Straits Times. Dicapai pada 9 May 2024.
  7. ^ Zainal, Zuraimee (8 May 2024). "Selangor FC tarik diri perlawanan Piala Sumbangsih". sinarharian.com.my. Sinar Harian. Dicapai pada 9 May 2024.
  8. ^ "TERKINI Perlawanan Sumbangsih: Selangor tarik diri". stadiumastro.com. Stadium Astro. 8 May 2024. Dicapai pada 9 May 2024.
  9. ^ "Piala Sumbangsih dibatalkan selepas penarikan diri Selangor FC". malaysianfootballleague.com. Malaysian Football League. 9 May 2024. Dicapai pada 9 May 2024.
  10. ^ "Charity Shield match cancelled after Selangor FC withdrawal". freemalaysiatoday.com. Free Malaysia Today. 9 May 2024. Dicapai pada 9 May 2024.
  11. ^ Hashim, Firdaus (8 May 2024). "Selangor FC tarik diri Piala Sumbangsih". hmetro.com.my. Harian Metro. Dicapai pada 9 May 2024.
  12. ^ "JDT kick off 2016 with Sultan Haji Ahmad Shah triumph". Asian Football Confederation. 14 Februari 2016. Dicapai pada 23 April 2024.
  13. ^ "ATM lift Sultan Haji Ahmad Shah Cup". Astro Awani. 6 Januari 2013. Dicapai pada 23 April 2024.
  14. ^ "JDT Beat Selangor To Lift Sultan Haji Ahmad Shah Cup For 2nd Consecutive Year". Bernama. 14 Februari 2016. Dicapai pada 23 April 2024.
  15. ^ Ferzalfie Fauzi (9 Januari 2010). "Piala Sumbangsih". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 April 2024.
  16. ^ a b "MFL UMUM KALENDAR LIGA MALAYSIA 2024-2025". malaysianfootballleague.com. Malaysian Football League. 9 April 2024. Dicapai pada 23 April 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.