Kebanyakan tradisi mempunyai masakan tersendiri, tertentu set tradisi, keutamaan, dan amalan memasak, kajian yang dikenali sebagai gastronomi. Kebanyakan budaya telah mempelbagaikan makanan cara penyediaan, kaedah masakan dan pembuatan. Ini juga termasuk perdagangan makanan kompleks yang membantu budaya untuk terus hidup dari segi ekonomi dengan gaya makanan, bukan hanya dengan memakan makanan sahaja. Masakan global boleh ditakrifkan sebagai masakan berdasarkan global, kawasan benua, negara, negeri atau tempatan; pada dasarnya adalah masakan di dunia.
Kebanyakan budaya mengkaji dan menganalisis tabiat pemakanan. Walaupun manusia adalah omnivor, agama dan konstruk sosial seperti kesusilaan sering memberi kesan tentang makanan yang boleh diambil. Keselamatan makanan juga menjadi perhatian dengan penyakit bawaan makanan mengorbankan banyak nyawa setiap tahun. Dalam bahasa Melayu, bahan dan istilah makanan sering digunakan dalam peribahasa, metafora atau kiasan, seperti buah fikiran atau santapan rohani.
Ayam goreng ialah daging ayam yang dicelup atau disapu salutan, kemudian digoreng. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil menyerap lemak ayam. Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau dikupas kulitnya, atau sebaliknya.
Ayam goreng paling banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan, kerana inilah kaedah penyediaan yang paling cepat. Air dalam daging ayam mengewap lalu keluar melalui minyak dalam kebuk yang tertutup, sekaligus menambahkan tekanan dan merendahkan suhu memasak yang diperlukan. Wap tersebut juga memasakkan daging ayam sambil memastikan isinya lembap dan lembut di dalam sadur rangup.
Goreng sadur wujud di Eropah sejak zaman pertengahan lagi. Orang Scotland, dan kemudian pendatang Scotland di selatan Amerika Syarikat mempunyai tradisi menggoreng ayam di dalam lemak, berbeza dengan mreka yang dari England yang lebih gemarkan ayam bakar atau rebus.
Kimchi, Kimchee atau Gimchi (김치) adalah hidangan jeruk sayur Korea, biasanya kubis atau Muwoo (lobak putih), dan biasanya disaji sebagai hidangan sampingan. Ia biasanya diperam dalam air campuran ikan bilis, halia, bawang putih, green onion dan cili. Berikut adalah resipi standard untuk kimchi baechoo (kubis napa).