Portal:Sejarah/Rencana Pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seorang askar British mendarat keluar dari helikopter Westland Sussex semasa operasi di Borneo.

Konfrontasi Indonesia-Malaysia ialah sebuah konflik akibat daripada pembangkangan politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/naungan British di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di Nusantara sebagai perang mengenai masa depan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak dan menyalakan semula semangat anti-penjajahan terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Slogan Ganyang Malaysia turut lahir dari peristiwa ini.

Arkib • (Baca Lagi...)