Presiden Haiti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Président de la
République d'Haïti
Prezidan peyi Repiblik Ayiti
Panji Presiden (Bendera Haiti)
Penyandang
Edgard Leblanc Fils (pemangku)
sejak 30 April 2024
GelaranTuan Yang Terutama[1]
StatusKetua negara
Bidang kuasaHaiti Edit the value on Wikidata
KediamanPalais National
PusatPort-au-Prince, Haiti
Tempoh jawatanLima tahun
Boleh diperbaharui sekali lagi secara tak berturut-turut
Penjawat sulungJean Jacques Dessaline
Dibentuk17 Februari 1807 (1807-02-17)
PenggantianPerdana Menteri
Gaji250,000 Gourdes sebulan[2]
Tapak webLa Présidence
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Presiden Haiti (Perancis: Président d'Haïti, Kreol Haiti: Prezidan peyi Ayiti) atau gelaran rasminya Presiden Republik Haiti (Perancis: Président de la République d'Haïti, Kreol Haiti: Prezidan peyi Repiblik Ayiti) merupakan ketua negara Haiti. Kuasa eksekutif di Haiti dibahagikan antara Presiden serta pemerintah yang diketuai oleh Perdana Menteri Haiti.[A133] Presiden Haiti semasa pada 20 Julai 2021 ialah Ariel Henry. Pendahulunya ialah Claude Joseph, yang memegang jawatan pemangku presiden selepas pembunuhan Jovenel Moïse pada 7 Julai, sehingga 20 Julai, apabila dia meletak jawatan.[3]

Syarat[sunting | sunting sumber]

Kelayakan jawatan Presiden adalah tertakluk pada Bab III Bahagian A (Fasal 134 dan 135) dalam Perlembagaan Haiti 1987.

Presiden dipilih bagi penggal lima tahun melalui pilihan raya. Presiden tidak boleh dipilih dua kali berturut-turut: beliau boleh menjalani penggal kedua hanya setelah selang lima tahun, dan tidak boleh mencalonkan diri bagi penggal ketiga.[A134]

Untuk dipilih sebagai Presiden, calon mesti merupakan:[A135]

  • warganegara Haiti asli dan tidak pernah melepaskan kewarganegaraan itu;
  • telah mencapai usia 35 tahun pada hari pilihan raya;
  • memiliki hak sivil dan politik dan belum dijatuhi hukuman mati;
  • menjadi pemilik hartanah nyata dan mempunyai kediaman di negara ini;
  • menetap di negara ini sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum hari pilihan raya;
  • telah dilepaskan tanggungjawabnya sekiranya sebelumnya ada mengendalikan dana awam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ United Nations Heads of State Protocol and Liaison Service Heads of Government - Public List Ministers For Foreign Affairs
  2. ^ NEWS, HAITIZ. "Le Chef de l'État n'a que 250 mille gourdes le mois". www.haitiz.com.
  3. ^ Mustafa, DJ Kamal (2021-07-07). "Jovenel Moise Haitian President at his private residence". Europe, Africa, Middle East, Tribune, Breaking News, World News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-07.

Lampiran[sunting | sunting sumber]