Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pusat Inovasi dan Pengkomersilan adalah sebuah pusat yang diwujudkan oleh pihak pengurusan Universiti Putra Malaysia pada 1 April, 2006 yang bertujuan bagi membantu menggiatkan pembangunan dan pengkomersilan hasil penyelidikan, melindungi harta intelek penyelidikan dan penyelidikan kontrak.

Pusat ini bernaung di bawah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Tujuan utamanya adalah untuk menggalakkan dan memajukan budaya pengkomersilan produk penyelidikan dan pembangunan. Ini bukan sahaja memberi kelebihan kepada penyelidik dan UPM bahkan ia akan menyumbang kepada faktor penjanaan ekonomi dan sumber kekayaan negara.

Visi[sunting | sunting sumber]

Untuk mewujudkan generasi yang kaya dengan hasil penyelidikan dan pembangunan dan seiring dengan pembangunan negara.

Misi[sunting | sunting sumber]

Memajukan dan menggiatkan usaha pengkomersilan produk penyelidikan UPM dan penggunaan kepakaran yang ada di UPM dari aspek pembelajaran, latihan, penyelidikan, perundingan dan pembangunan projek perniagaan yang berkaitan dengan peranan utama UPM.

Pengkomersilan Teknologi UPM[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini, UPM telah mengkomersilkan teknologi penyelidikan dan pembangunan yang telah dihasilkan daripada pelbagai bidang. Pengkomersilan adalah proses pemindahan teknologi (harta intelek yang telah dilindungi) yang dihasilkan oleh penyelidik UPM kepada pihak industri yang akan memberi manfaat kepada masyarakat dan pembangunan negara. Manfaat Mengkomersilkan teknologi UPM :

  • Pulangan kepada pelaburan yang dibuat oleh kerajaan ke atas penyelidikan;
  • Menjana sumber pendapatan tambahan;
  • Kepakaran akan mendapat pengiktirafan masyarakat.

Teknologi yang telah dikomersilkan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]