Pusat Kebudayaan Khalil Sakakini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Kebudayaan Khalil Sakakini
مركز خليل السكاكيني الثقافي
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan Sunting ini di Wikidata
Tapak webhttp://www.sakakini.org
Sejarah
Ditubuhkan1996
Lokasi
Ibu pejabatRamallah Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Koordinat31°53′55.05″N 35°12′6.46″E Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pusat Kebudayaan Khalil Sakakini (Arab: مركز خليل السكاكيني الثقافي) ialah sebuah pertubuhan kebudayaan dan kesenian Palestin. Ia bermatlamat untuk mencipta sebuah kebudayaan kepelbagaian dan membebaskan menerusi kajian, soal selidik, dan penyertaan, dan menyediakan sebuah ruang terbuka kepada masyarakat untuk menghasilkan kandungan kebudayaan yang bersemangat dan membebaskan.

Pusat kebudayaan ini terletak di Ramallah. Ia ditempatkan di sebuah bangunan yang diubah suai, peninggalan awal abad ke-20, yang bercirikan seni bina lama Palestin. Pada mulanya ia ditubuhkan pada Mei 1996 sebagai sebuah cabang kepada Kementerian Kebudayaan Palestin. Walau bagaimanapun, ia telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan untung pada 1998. Pusat kebudayaan ini dinamakan sempena nama negarawan dan sasterawan Baitulmaqdis, Khalil Sakakini.

Pusat kebudayaan ini menganjurkan pameran seni, pembacaan buku, pendeklamasian puisi, kegiatan kanak-kanak dan tayangan filem. Sebagai tambahan kepada projek jangka panjang, pusat ini memindahkan sebahagian kegiatannya ke kemudahan-kemudahan lain di luar Ramallah, seperti ke Birzeit, Bandar Gaza, dan Bethlehem, untuk membolehkan kesinambungan projek semasa sekatan dilakukan oleh Israel.[1]

Adila Laïdi-Hanieh ialah pengarah pertama pusat ini yang berkhidmat pada 1996 hingga 2005.[2][3] Yazan Khalili pula dilantik sebagai pengarah sejak 2015.[4][5][6][7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Khalil Sakakini Cultural Center". Artfactories. 26 August 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2023. Dicapai pada 5 November 2023.
  2. ^ Laïdi-Hanieh, Adila (2007). "Paradigm Shift: Building Inclusive Cultural Practices" (PDF). European Cultural Foundation. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 February 2012.
  3. ^ "Khalil Sakakini Cultural Center". digi-arts. UNESCO. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016.
  4. ^ "Khalil Sakakini Cultural Centre". Art Places. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2007.CS1 maint: unfit URL (link)
  5. ^ Patience, Martin (7 February 2006). "Palestinians consider life under Hamas". BBC (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2012. Dicapai pada 5 November 2023.
  6. ^ Kalman, Matthew (27 April 2006). "Israeli barrier draws artists to a cause: Many Palestinians object to paintings as disguising reality". Boston.com - The Boston Globe. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2021.
  7. ^ Johal, Am (12 October 2004). "Culture and dissent: Khalil Sakakini Center looks towards creative resistance". The Electronic Intifada (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2012. Dicapai pada 5 November 2023.