Sandiwara (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Sandiwara"
Single oleh Midnight Fusic menampilkan Pijar
daripada album Midnight Fusic
Dilancarkan pada13 November 2020
Dirakamkan pada2020
Format
GenreRock alternatif
Panjang3:52
SyarikatSony Music Malaysia
PenulisMidnight Fusic
PenerbitJack Alfredo
Kronologi Kronologi single Midnight Fusic
""I Don't Wanna Dream Tonight"
(2020)"
"Sandiwara" ""Strangers"
(2021)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Sandiwara" ialah lagu oleh kumpulan rock alternatif Malaysia, Midnight Fusic, dikeluarkan pada 13 November 2020. Ia diterbitkan dan dirakamkan sebagai lagu bahasa Melayu pertama kumpulan ini, dengan menampilkan kumpulan rock alternatif Indonesia, Pijar.[1][2] Lagu ini juga dimuatkan dalam album studio pertama mereka yang dikeluarkan pada Februari 2021.[3][4][5]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

"Sandiwara" menjadi rakaman bahasa Melayu sulung Midnight Fusic.[6] Lagu ini berkisarkan tentang persahabatan yang terjalin sesama insan.[4][5] Dalam temuramah bersama Harian Metro, vokalis Midnight Fusic, Arif Kamarudin berkata:

"Kalau nak bandingkan rakaman "Sandiwara" dan lagu-lagu Inggeris kami, proses penulisannya tidak banyak berbeza. Tapi ketika kami rakam lagu itu, perasaannya sangat istimewa dan boleh dikatakan antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Kami sudah lama menyimpan impian ingin mengeluarkan lagu Melayu dan Pijar berjaya membuatkan proses pembikinannya lebih lancar. Sandiwara dihasilkan dalam masa satu hari dan dicipta Jack Alfredo yang juga anggota Pijar".[4]

Lagu ini disiapkan dalam tempoh sehari, dan merupakan karya ciptaan Jack Alfredo yang merupakan vokalis kumpulan Pijar, manakala Midnight Fusic menambahkan gaya mereka dalam "Sandiwara". Denniz Ferdinand menyumbangkan vokal tambahan dalam lagu ini.[7][8]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Video lirik rasmi untuk "Sandiwara" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Midnight Fusic pada 20 November 2020.[perlu rujukan]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital[9]
  1. "Sandiwara" - 3:52

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 13 November 2020 Muat turun digital[9]
Penstriman digital[10]
Sony Music Entertainment Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Khai Azfar (20 November 2020). "Midnight Fusic kembali, muncul dengan lagu Melayu pertama". Murai.my. Dicapai pada 29 November 2020.
  2. ^ Asraf Adied (20 November 2020). "Midnight Fusic kerjasama bersama kumpulan dari Indonesia, hasilkan lagu Melayu pertama". Astro Gempak. Dicapai pada 29 November 2020.
  3. ^ A. Azim Idris (13 November 2020). "Midnight Fusic team up with Pijar for new Bahasa track Sandiwara" [Midnight Fusic bekerjasama dengan Pijar untuk lagu Bahasa [Melayu] terbaharu Sandiwara] (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 14 November 2020.
  4. ^ a b c Georgie Joseph (21 November 2020). "Midnight Fusic belum puas". Harian Metro. Dicapai pada 23 November 2020.
  5. ^ a b Nur Asyikin Mayudin (22 November 2020). "Gabungan dua negara, Midnight Fusic syukur Pijar Band permudahkan proses pembikinan lagu Sandiwara". mStar Online. Dicapai pada 23 November 2020.
  6. ^ "Kolaborasi Midnight Fusic & Pijar" (dalam bahasa Indonesia). Milisi.id. 20 November 2020. Dicapai pada 29 November 2020.
  7. ^ Deel Anjer (20 November 2020). "Midnight Fusic, Pijar pahat memori persahabatan dalam lagu Sandiwara". Wilayahku. Dicapai pada 29 November 2020.
  8. ^ Khadijah Ibrahim (20 November 2020). "Midnight Fusic kembali kepada jati diri". Bebas News. Dicapai pada 29 November 2020.
  9. ^ a b "Sandiwara, single by Midnight Fusic on Apple Music" (dalam bahasa Inggeris). iTunes (MY). Dicapai pada 28 November 2020.
  10. ^ "Sandiwara, single by Midnight Fusic" (dalam bahasa Inggeris). Spotify. Dicapai pada 28 November 2020.