Sekolah Kebangsaan Aminudin Baki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah Penubuhan Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River,Perak

Mula dikenali sebagai Sekolah Melayu yang telah dibina pada tahun 1948 dan telah mendapat kelulusan Pejabat Pelajaran pada tahun 1949. Pada awal penubuhannya murid-murid terdiri daripada anak-anak penduduk Kg Naran, Kg Rasau, Trolak, Batu 4, dan Kampung Kuala Slim. Sesi persekolahan bermula pada 2 Februari 1949 dengan sejumlah 100 orang murid dan 2 orang guru iaitu Cikgu Tufandi b. Hj Ali dan Cikgu Shukur b. Shamsudin. Pada 13 Mac 1949 , sekolah yang mempunyai 2 buah bilik dajah beratapkan rumbia itu telah musnah di landa ribut taufan menyebabkan murid-murid terpaksa menumpang belajar di sebuah rumah seorang AJK sekolah pada waktu itu.                    

Pada tahun 1962 sebuah bangunan telah didirikan oleh kerajaan dan dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu iaitu Kapten Abdul Hamid Khan. Terdiri daripada tiga blok bangunan iaitu;

l. Sebuah kantin sekolah dan tandas (sekarang kelas Pendidikan Khas)

2. Bilik darjah serta pejabat guru besar dan pentadbiran (sekarang bilik J-Qaf, Pusat Akses san surau)

3. Bilik datjah(sekarang kelas pra-sekolah)

Gambar 1: Bangunan Blok A yang terawal di bina.          

Gambar 2: Bangunan Blok B yang terawal di bina.

Gambar 3: Blok ini dahulu adalah tapak lama kantin sekolah (sekarang Pusat Sumber Sekolah)

Nama sekolah ini pada ketika itu ialah  ialah Sekolah Kebangsaan Slim River. Guru Besar yang menjadi pentadbir pada amasa itu ialah En. Buyong bin Kamat. (18.01.1961 hingga 31.12.1972) Dibawah pentadbiran Guru Besar En. Baharuddin bin Basar pula, sebuah bangunan tambahan 2 tingkat dan kantin baru telah didirikan dan dirasmikan pada 19.02.1984 oleh YAB Dato’ Khalil Yaakob DSAP,SMP,JSM, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Gambar 4: Bangunan 2 tingkat Blok E yang dibina pada tahun 1984.

Gambar 5: Perasmian bangunan ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Khalil Yaakob DSAP,SMP,JSM, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Seterusnya nama SKSR telah ditukar kepada SK Aminuddin Baki mengambil sempena nama seorang tokoh pendidikan bernama Aminuddin Baki yang juga dikenali sebagai "Bapa Pendidikan Malaysia' Pada tahun 1985. Yayasan Aminuddin Baki telah menjadikan SKAB sekolah anak angkat  mereka. Guru Besar pada masa itu ialah YM Raja Ahmad Fadzil bin Raja Sharif (1985-1987). Semasa pentadbiran En Mohamad b. Mat Arip pada tahun 1990 sebuah Pusat Kegiatan Guru telah didirikan di dalam kawasan SKAB.          

Gambar 6: Bangunan PKG Slim River. Tapak bangunan ini dipercayai merupakan tapak asal kuarters Guru Besar pada masa dahulu.      (0000 – Disember 2019)      

Pertambahan murid juga berlaku pada awal tahun terutamanya dari penempatan baru PPRT  Srigala . Seramai 469 orang telah ditempatkan di dalam 12 bilik dadah. Pada 18.10.1999 bangunan tambahan 4 bilik darjah (sebaris dengan PKG) telah dibina dan siap digunakan pada 18.09.2000. Guru Besar pada masa itu ialah En Mokhtar b. Paiman ( 01.12.1998-16.12.2003) dan bilangan guru seramai 23 orang.  

        Gambar 7: Bangunan tambahan 4 bilik darjah yang mula beroperasi pada 18.09.2000.              

Pada 30 Januari 2003 sebuah bangunan 4 tingkat dan sebuah makmal komputa telah didirikan untuk menampung petambahan murid dan keperluannya.  Blok bangum baru ini telah mengambil sebahagian padang sekolah dan satu blok bangunan lama yang terdiri daripada 2 bilik darjah telah dirobohkan. Pada 7 Julai 2003 majlis pindah masuk telah diadakan.

Gambar 8: Bangunan empat tingkat Blok G yang menempatkan ruang pentadbiran, bilik guru, bilik gerakan, makmal sains, bengkel kemahiran Hidup, dewan dan kelas. (2003)

Gambar 9: Dewan terbuka yang mulai dibina pada 2018 dan dinaik taraf pada 2019.

Gambar 10: Makmal Komputer sekolah Blok F.

Pada tahun 2004. Laluan berbumbung dibina bagi menyambung Blok B (bangunan  bilik Akses sekarang) ke Blok E (bangunan dua tingkat yang menjadi bangunan pentadbiran PPD Muallim sekarang ini).

Gambar 11: Laluan berbumbung yang menghubungkan Blok A ke bangunan dua tingkat Blok E dan kantin.

Gambar 12: Laluan berbumbung yang menghubungkan bangunan pentadbiran dengan Makmal Komputer.

Gambar 13: Gelangang terawal kini digunakan sebagai sebahagian kawasan prasekolah.

Gambar 14: Gelangggang sepak takraw/ badminton dibina pada tahun 2006.

Gambar 15: Gelangggang ini pernah dijadikan tapak perhimpunan rasmi sekolah pada suatu ketika dahulu.

Gambar 16. Kantin baru yang telah dinaik taraf.

Gambar 17: Bangunan naik taraf menjadi pusat sumber sekolah.

Gambar 18: Laluan berbumbung dibina pada tahun 2014 antara Blok Pusat Sumber Sekolah ke kantin sekolah.

Gambar 19: Wakaf Bestari dibina pada tahun 2014 untuk kegunaan tempat bacaan murid.

Gambar 20: Sebuah bangunan baru Pendidikan Khas Intergerasi PPKI.

Pada tahun 2007, kantin sekolah telah diubahsuai dengan mengadakan ruang makan guru dan Pembesaran ruang makan murid untuk menampung seramai 441 Orang murid dan 31 orang  guru.

Semasa di bawah pentadbiran Tn. Hj. Arshad bin Mohammad (17.12.2003 – 15.02.2011) pintu utama jalan masuk ke sekolah yang asalnya melalui jalan stesen keretapi telah dipindahkan ke jalan stesen bas bagi mengelakkan kesesakan yang berlaku pada waktu itu.

Gambar 21: Pintu pagar utama yang lama dan yang baru.

Seterusnya beberapa pembaharuan dan pembangunan fizikal telah dilaksanakan di dalam kawasan SKAB sepanjang tempoh pentadbiran beberapa orang Guru Besar.

Pada tahun 2016 semasa di bawah pentadbiran En. Mohamed Nahar bin Kahar (17.11.2015) telah didirikan sebuah bangunan kelas Pendidikan Khas Intergrasi yang terdiri daripada 3 bilik darjah yang menampung jumlah pelajar seramai 26 orang pada waktu itu. Bangunan tersebut telah diserahkan oleh JKR Daerah kepada pegawai pembangunan PPD Batang Padang Tn. Haji Abu Kasim mewakili SKAB pada tahun 2016 dan rasmi digunakan pada awal tahun 2017.

Pada awal tahun 2017 sebuah pintu pagar utama konkrit telah dibina dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Khusairi bin Abdul Talib ADUN kawasan Slim. Kini pintu pagar utama itu telah digunakan secara meluas sebagai pintu masuk ke SKAB.

Pembanguanan pesat fizikal dan perkembangan sekolah bagi mewujudkan pesekitaran pembelajaran yang kondusif dalam kalangan pelajar dan guru SKAB pada tahun 2016 mengambil inisiatif telah memohon kepada Pejabat Daerah dan Tanah Muallim untuk mendapatkan sebidang tanah yang berada dipenjuru tanah sekolah untuk dijadikan hak milik dan pengurusan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Proses awal dan selanjutnya telah dijalankan dan tanda-tanda positif dari Pejabat Daerah dan Tanah Muallim serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Bahagian Harta Tanah Persekutuan dalam melaksanakan proses pengambil alihan tersebut.

Sesuai dengan pemecahan daerah Batang Padang menjadi dua daerah yang berasingan yang diberi nama Daerah Muallim. Daerah Muallim telah dimahsyurkan oleh Sultan Perak pada 2016, kini telah wujud sebuah Pejabat Pendidikan Daerah Muallim yang baru. Pusat pentadbiran PPD Muallim telah dipilih bertempat di SKAB. Sebuah bangunan dua tingkat telah diserahkan kepada PPD Muallim bagi menjayakan pengurusan PPD Muallim secara rasmi pada Januari 2017.

Gambar  : Bangunan PPD Muallim di SK Aminuddin Baki. (Januari 2017-Disember 2019)

Senarai Guru Besar SK Aminuddin Baki

Nama Guru Besar

I. En.Tufandi b. Haji Ali 02.02.1949 .. 31.12.1954

2. En Md Khatib bin Datuk Kaya 23 01 1955 .. 31.12.1960

3.En Buyong bin Kamat 18.01.1961    31.12.1971

4. En. Ismail bin Md Wali 01.01.1972    31.12.1980

5. En. Baharuddin bin Basar 01.01.1981    31.12.1984

6. YM Raja Ahmad Fadzil 01.01.1985    15.11.1987

7. Tn.Haji Hashim b.Lope 16.11.1987    31.01.1988

8. En.Roslan bin Ahmad 01.02.1988    31.12.1988

9. Tn.Haji Mohammad bin Mat Arip 01.01.1989    07.09.1994

10.Tn. Haji Mukhlas b.Kasimin     16.08.1995   30.11.1998

11. En. Mokhtar bin Paiman 01.12.1998    16.12.2003

12. Tn.Haji Arshad bin Mohamad 17.12.2003    15.02.2011

13. En.Abdu1 Zubiar bin Zainol 16.02.2011    15.07.2012

14. En.Khalil bin M. Lodin 16.07.2012    16.11.2015

15. En. Mohamed Nahar bin Kahar 17.11.2015 20.01.2023

Sekolah Kebangsaan Aminudin Baki
Lokasi
 Malaysia Jalan Stesen, 35800, Slim River,, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6054520650
Kod sekolahABA0021
Faks6054520650


YDP PIBG

  1. Encik Nopiah
  2. Encik Aminuddin
  3. Puan Norila Bt. Ahmad 2015 - 2024

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Aminudin Baki
Jalan Stesen
35800, Slim River
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6054520650
Fax = 6054520650

Pautan luar[sunting | sunting sumber]