Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Kota Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Kota Damansara
Lokasi
Jalan Rimba Riang 9/1, PETALING, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU, CEMERLANG, GEMILANG
Nombor sekolah03-61564252
Kod sekolahBBA8270
Guru besarTuan Haji Mohd Yusop bin Mat Zin
Faks03-61564052


Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Kota Damansara atau nama ringkasnya SK Seksyen 9 Kota Damansara, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Rimba Riang 9/1.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Kota Damansara memiliki 472 pelajar lelaki dan 410 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 882 orang. Ia mempunyai seramai 43 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Pusat Bandar Sg Buloh dibina di atas tapak seluas 3 ekar di pinggir Hutan Simpanan Kota Damansara. Seni Maju Sdn Bhd diberi hak tender membina dan menyiapkan bangunan dan kemudahan sekolah ini. Kerja-kerja tapak dimulakan pada 26 September 2001 dan siap sepenuhnya pada Disember 2002. Sekolah Kebangsaan 9 Pusat Bandar Sungai Buloh mempunyai 4 blok bangunan, 1 blok kantin, 1 pondok pengawal, 1 rumah pam dan 2 gelanggang permainan. Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Pusat Bandar Sungai Buloh didaftarkan pada 1 November 2002 dengan nama baru Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Kota Damansara.

Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Kota Damansara merupakan satu sekolah yang dibuka tanpa Guru Besar. Dua orang guru ditugaskan untuk menguruskan pembukaannya (care-taker) iaitu Pn Zorin bt Mohamed Som (PK Kurikulum) dan En Nik Azman bin Kundor (PK HEM) yang memulakan tugas pada 22 November 2002. Setelah persiapan pembukaan dibuat selama 2 bulan, sekolah ini menerima kemasukan murid pada 6 Januari 2003 seramai 220 orang (Tahun 1-4) iaitu murid-murid dari Seksyen 9, Seksyen 7, Seksyen 8, Sungai Buloh dan sekitarnya. Jumlah guru di awal pembukaan adalah 12 orang termasuk 3 orang guru sandaran tidak terlatih dan 2 orang staf sokongan.

Sekolah ini diserahkan secara rasmi  Seni Maju Sdn Bhd kepada Jabatan Pendidikan Selangor pada 11 Januari 2003 di mana En. Kamaruzzaman bin Yahya (Wakil Pengarah), En. Hub bin Abdul Ghani (Wakil PPD Petaling), Pn Zohrin bt Mohamed Som (Wakil Guru Besar), Encik Roselan bin Jali (Wakil JKR) dan En Yim Khai Lam dari Seni Maju Sdn Bhd . Kontraktor kawalan keselamatan pertama ialah Perusahaan Isham bt Omar, Pengusaha Kantin pertama adalah perkhidmatan Andalas dan Pengusaha Kedai Buku ialah Duta Ehsan Sdn Bhd.

Selepas peristiwa-peristiwa yang berlaku di atas, maka bermulalah perjalanan pentadbiran sekolah ini hinggalah ke hari ini.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Jalan Rimba Riang 9/1 47810, Selangor, Malaysia.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

UPSR 6A - 2016 - 6 orang, 2017 - 11 orang dan 2018 - 15 orang

Galeri[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Kota Damansara
Jalan Rimba Riang 9/1
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-61564252
Fax = 03-61564052

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]