Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah
Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Cantik 1, Taman Pelangi Indah, 81800, Ulu Tiram,, Johor Darul Takzim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6078637450 |
Kod sekolah | JBA1124[1] |
Faks | 6078637451 |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google. |
Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah atau nama ringkasnya SK Taman Pelangi Indah, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Cantik 1, Taman Pelangi Indah.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah memiliki 288 pelajar lelaki dan 274 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 562 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009
Walaupun lokasi geografinya terletak di bawah daerah Johor Bahru, namun dari segi pentadbirannya bernaung di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang iaitu pecahan PPD yang asalnya di bawah PPD Johor Bahru.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah mula dibina pada pertengahan tahun 2002 dengan keluasan tanah 6.5 ekar dan dibiayai di bawah projek PMC. Menelan belanja sebanyak 10.5 juta ringgit. Mempunyai 30 buah bilik darjah dan bilik-bilik khas yang lain yang sudah tentunya akan memberi faedah kepada penduduk sekitar khususnya dalam memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak. Pada 1 Disember 2004, sekolah ini telah mula beroperasi dengan beberapa orang guru telah diarahkan untuk bertugas. Puan Norliza binti Hashim selaku penyelaras SKTPI dan dibantu oleh En Idris bin Kassim. En Yaakob bin Salleh telah menjadi Guru besar pertama dan dibantu oleh 13 orang guru memulakan sesi persekolahan 2005. Jumlah murid pada waktu itu sekitar 160 orang.
Pada tahun 2018, jumlah bilangan murid sekolah ialah seramai 439 lelaki dan 455 perempuan. Manakala jumlah tenaga pendidik seramai 58 orang dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) 6 orang. Pada ketika ini (2018), pentadbiran sekolah adalah di bawah pimpinan Guru Besar En. Mohd Fauzi bin Saem yang menyandang tugas tersebut sejak pertengahan tahun 2015.
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah
- Jalan Cantik 1, Taman Pelangi Indah
- 81800, Ulu Tiram
- Johor, Malaysia
- Telefon = 6078637450
- Fax = 6078637451