Sekolah Kebangsaan Taman Senangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Senangan
Logo Sekolah
Logo Sekolah
Lokasi
 Malaysia Jalan Telok Ayer Tawar, 13050, Butterworth,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Asas Kejayaan
Nombor sekolah6043514299
Kod sekolahPBA2029
Faks6043517034
Map


Sekolah Kebangsaan Taman Senangan atau nama ringkasnya SK Taman Senangan (singkatan SKTS), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Telok Ayer Tawar.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Senangan memiliki 395 pelajar lelaki dan 375 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 770 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Senangan Butterworth terletak di satu kawasan seluas 9463 ekar di Mukim 7, Seberang Perai Utara. Ianya berhampiran dengan Sekolah Menengah Teknik dan Pangkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

Nama Sekolah Kebangsaan Taman Senangan adalah bersempena dengan nama sebuah taman perumahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah tersebut dan merupakan taman perumahan yang terawal sekali dibangunkan di kawasan ini.

Sekolah Kebangsaan Taman Senangan telah diasaskan pada 4 Januari 1988 dengan jumlah murid seramai 91 orang. Seramai 69 orang terdiri daripada murid-murid Melayu, 16 orang murid India dan 6 orang murid Cina.Guru Besar pertama sekolah ini ialah Encik Osman bin Idris dengan dibantu oleh seorang pegawai kerani, Puan Rohaya binti Kassim dan 5 orang guru penolong iaitu Puan Asma binti Che Embi, Encik Adnan bin Md. Taib, Encik Yeoh Eooi Beng,Puan Boey Mei Peng dan Puan Hayati binti Abdul Aziz.

Pada peringkat permulaan sekolah dibuka, murid-murid sekolah terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Telok Air Tawar kerana sekolah yang baru belum siap sepenuhnya. Setelah bangunan baru boleh digunakan, murid-murid dan guru-gurunya berpindah pada 13 Februari 1989.

Kebanyakan murid sekolah ini terdiri daripada anak-anak anggota TUDM Butterworth yang terletak berhampiran dengan sekolah ini. Selebihnya sahaja merupakan anak-anak penduduk taman perumahan yang terletak di sekitar kawasan ini iaitu Taman Senangan, Taman Ratna, Taman Telok Molek, Taman Dazlin, Taman Telok Air Tawar, Taman Wira, Taman Robina, dan Kampung Setol.

Jumlah murid-murid sekolah ini bertambah dari tahun ke setahun begitu juga dengan bilangan guru-gurunya . Jumlah murid-murid sekolah ini pada tahun ini adalah seramai 775 orang dengan 45 orang guru dan 4 orang kakitangan bukan guru. Jumlah ini dijangka akan meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Guru besar yang kedua Sekolah Kebangsaan Taman Senangan ialah Tuan Haji Aziz bin Sahat yang telah memulakan tugasnya pada 1 Ogos 1994. Beliau menggantikan Encik Osman bin Idris yang telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu, Penaga. Kemudian Sekolah Kebangsan Taman Senangan diterajui oleh Puan Hjh. Khatijah binti Salleh yang telah memulakan tugasnya pada 16 Ogos 1996. Beliau menggantikan Tuan Haji Aziz bin Sahat yang telah berpencen pada 15 Ogos 1996. Pada masa kini sekolah ini diterajui pula oleh Pn Sahirah bt Abd Rahman sejak 16 November 2001.

Sumber : http://mozambida.tripod.com/id1.html

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

Penarafan sekolah melalui Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) yang dijalankan pada 2010 telah meletakkan SKTS dalam Band 1 iaitu band tertinggi dalam sistem NKRA. Sehubungan itu, sekolah ini telah terpilih secara automatik sebagai calon Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

SKTS merupakan satu-satunya sekolah luar bandar di Pulau Pinang yang telah mendapat Band 1 dalam NKRA 2010.

Sumber :
1. http://ppdmanjung.edu.my/V02/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=186&Itemid=151
2. http://sktamansenangan.blogspot.com/

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

Bilangan murid yang mendapat keputusan semua A (5A) mengikut tahun:
1999 - 23 orang
2000 - 25 orang
2001 - 19 orang
2002 - 21 orang
2003 - 27 orang
2004 - 32 orang
2005 -
2006 -
2007 - 30 orang
2008 - 29 orang
2009 - 25 orang
2010 - 31 orang

Peratus Kelulusan
1999 - 80.2%
2000 - 79.5%
2001 - 80.2%
2002 - 83.0%
2003 - 81.1%
2004 - 86.52%
2005 -
2006 -
2007 - 89.5%
2008 - 88.46%
2009 - 86.8%
2010 -

Sumber :
1. http://mozambida.tripod.com/id6.html
2. http://myskts.zoom-a.com/upsr.html
3. http://sktspencapaian.blogspot.com/

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Senangan
Jalan Telok Ayer Tawar
13050, Butterworth
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6043514299
Fax = 6043517034

Pautan luar[sunting | sunting sumber]