Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Telok Kechai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Telok Kechai
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Telok Kechai atau nama ringkasnya SK Telok Kechai, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1939 kepada murid-murid sekitar kawasan Telok Kechai dan Telok Chengai.Jumlah murid adalah lebih kurang 60 orang.Pada awal pembukaannya, sekolah ini terletak di Kampung Hujung Telok Kechai.Sekolah ini telah telah diasaskan oleh Tn. Hj. Abdul Wahab b. Talib yang merupakan Guru Besar pertama sekolah ini.

Pada tahun 1943, jawatankuasa sekolah telah memindahkan tapak sekolah ini  ke kawasan baru di kampung Telok Kechai.Dari hari ke hari, jumlah muird telah meningkat kepada 120 orang. Bangunan kosong peninggalan Jepun telah dijadikan bilik darjah. Tapak bangunan tersebut telah dijadikan MARDI Telok Chengai sekarang.

Pada tahun 1948, pentadbiran sekolah telah diambil alih oleh kerajaan. Seramai 3 orang guru telah diiktiraf sebagai guru kerajaan. Pada 1949, Yang Amat Mulia Almarhum Tengku Om Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid telah mewakafkan tanah dan wang sebanyak RM300. Sumbangan orang ramai telah digunakan untuk pembinaan sekolah ini. Hasil gotong royong terbinalah sekolah ini yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Telok Kechai yang kemudiannya ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Telok Kechai hingga kini.

Pada masa kini sekolah ini telah dilengkapi dengan 3 blok bangunan dua tingkat, empat blok bangunan setingkat, satu blok bangunan pusat sumber dan satu blok bangunan makmal komputer. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan surau dan kantin sekolah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]