Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
Lokasi
 Malaysia Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, 05350, Alor Setar,, [Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
MotoKetekunan Asas Kejayaan (كتكونن اساس كجايأن)
Nombor sekolah6047314345
Kod sekolahKRA2001
PengetuaTN. HJ NAZRI BIN ISHAK
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN. NIK AMRAN BIN NIK MAT
Penolong Kanan KokurikulumPN. ZAKIROH BINTI AHMAD
Faks6047353459


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah atau nama ringkasnya SMK Agama Kedah, merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah. Sekolah ini merupakan salah satu sekolah yang menyertai program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di mana setiap pelajar diwajibkan untuk mengambil subjek Maharat Al-Quran dan Hifz Al-Quran.

Visi : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah menjadi Tahfiz Model Ulul Albab No.1 di Malaysia menjelang tahun 2024

Misi : Melahirkan modal insan yang syumul melalui pendidikan berkualiti berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Cogan Kata Sekolah : "Ketekunan Asas Kejayaan" bermaksud usaha gigih yang berterusan adalah tonggak kepada pencapaian berkualiti dan seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Agama Kedah mula ditubuhkan pada Januari 1984. Pada mulanya SMK Agama Kedah belum mempunyai bangunan sendiri dan terpaksa menumpang sementara di Sekolah Menengah Tok Jalai yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Pada tahun pertama pembentukan sekolah ini,  tenaga pengajar hanya seramai 5 orang sahaja, manakala kakitangan sokongan juga seramai 5 orang. Pengetua pertama SMK Agama Kedah ketika itu ialah Ustaz Mohd Sharif bin Abdul Wahab

Jumlah pelajar pada tahun pertama persekolahan hanya seramai 114 orang dan mereka ditempatkan di tiga buah kelas sahaja. Kemudahan asrama tidak disediakan ketika itu dan pelajar yang tinggal berjauhan dengan sekolah terpaksa menyewa rumah sewa yang berhampiran dengan sekolah. Beberapa tahun kemudian, SMK Agama Kedah telah diberi peruntukan 6 buah bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah surau dan sebuah stor. Bilangan tenaga pengajar juga telah bertambah. Pada tahun 1987 murid-murid tingkatan 4 telah dipindahkan di SMK Kepala Batas Alor Setar sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina.

Bangunan tetap SMK Agama Kedah telah siap dibina pada tahun 1989. Mulai detik itu, SMK Agama Kedah telah berpindah ke tapak tetapnya di Jalan Sultanan Sambungan, Mergong. Pada awal pembinaannya, SMK Agama Kedah hanya mempunya 3 blok bangunan bilik darjah termasuk pejabat, sebuah dewan besar, sebuah kantin, sebuah surau, 4 blok bangunan asrama, sebuah dewan makan, sebuah parkir bas, rumah pengetua, rumah penolong kanan dan beberapa buah rumah warden asrama dan staf sokongan. Pengetua pada masa itu ialah Ustaz Abdul Hamid Bin Md. Tahir.

Menjelang tahun 1990 an, bilangan pelajar SMK Agama Kedah semakin bertambah dan memerlukan lebih banyak bangunan bilik darjah. Menyedari keperluan tersebut, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah meluluskan pembinaan 4 blok bangunan setingkat. Pada penghujung tahun 2001, SMK Agama Kedah telah menerima lagi peruntukan pembinaan 2 blok bangunan bilik bilik khas dan bilik guru serta 2 blok bangunan asrama. Alhamdulillah, pada awal tahun 2003, bangunan bangunan tambahan ini telah digunakan dengan selamatnya. Awal tahun 2005 pula, SMK Agama, Kedah telah mendapat sebuah padang permainan yang terletak di hadapan bangunan baharu Blok A iaitu bersebelahan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar

SMK Agama Kedah telah berdiri megah setanding dengan sekolah-sekolah cemerlang di dalam negeri Kedah. Kecemerlangannya dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya menjadikan sekolah ini mula dikenali di seluruh negeri Kedah Darul Aman. Mulai tahun 2006, hanya pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR sahaja yang layak masuk ke sekolah ini. Kemasukan pelajar cemerlang ini adalah sebagai pemangkin generasi kecemerlangan SMK Agama Kedah pada masa hadapan.

Kini, SMK Agama Kedah telah menjadi satu-satunya sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di negeri Kedah yang terkenal di Malaysia. Lulusan pelajar sekolah ini terdiri daripada Hafız dan hafizah yang Berjaya menghafaz 30 Juzuk al-Quran selain cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum sesuai dengan matlamatnya untuk melahirkan generasi al-Quran yang Huffaz, Mutadayyin dan Profesional

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]


SMKAK Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
Sungguh berjasa mendidik anak bangsa
Kami putra putri berazam
Penuh keyakinan dengan cita-cita murni
Untuk mencapai kejayaan

Oh guru yang banyak berkorban
Jasamu tidak akan kami lupakan
SMKAK Semangat Matlamat Keimanan Asas Kejayaan
Usaha menuju wawasan negara
Semoga kita diberkati Allah

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
Lebuh Raya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Star
K.edah, Malaysia
Telefon = 6047314345
Fax = 6047353459

Pautan luar[sunting | sunting sumber]