Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu
Lokasi
 Malaysia Jalan Kampung Jengalas, 98150, Bekenu, Subis, Miri, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoYakin Boleh
Ditubuhkan2005
Nombor sekolah6085710843
Kod sekolahYEA4402
PengetuaHajah Darmah binti Haji Mudin
GPK Pentadbiran dan AkademikNorliha binti Haji Jamil
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridIrwan bin Tambi
Penolong Kanan KokurikulumAzron bin Salleh
Faks6085710844


Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu atau nama ringkasnya SMK Bekenu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kampung Jengalas, 98150 Subis, Miri.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu memiliki 277 pelajar lelaki dan 274 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 551 orang. Ia mempunyai seramai 45 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2004 dan pelajar-pelajar ditempatkan di SMK Luar Bandar Miri dan SK Bekenu untuk menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran sebelum bangunan rasmi SMK Bekenu siap dibina.

Pada November 2004, bangunan rasmi telah siap dibina dan mula beroperasi hanya dengan bilangan kakitangan yang kecil iaitu seorang Penolong Kanan 1, seorang Penolong Kanan HEM dan 7 orang Anggota Kakitangan Sekolah (AKS).Walaupun berada dalam kumpulan yang kecil,mereka tetap bekerja keras untuk membuat persediaan sesi baharu persekolahan pada tahun 2005.

Pada 23 Februari 2006, SMK Bekenu mula berpindah ke tapak sedia ada sekarang.Pelajar yang menumpang di SMK Luar Bandar Miri merupakan pelajar-pelajar sedia ada yang bakal dipindahkan sekolah ke SMK Bekenu, manakala pelajar yang menumpang di SK Bekenu pula terdiri daripada pelajar Kelas Peralihan dan Tingkatan Satu sahaja.

Jumlah pelajar yang berdaftar untuk tahun pertama operasinya adalah seramai 496 orang yang terdiri daripada pelajar Kelas Peralihan hingga Tingkatan Empat dan hanya 15 kelas sahaja yang beroperasi.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu
Jalan Kampung Bungai
98150, Bekenu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6085710843
Fax = 6085710844

Pautan luar[sunting | sunting sumber]