Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil
Lokasi
Jalan 3/155A, Bukit Jalil Golf & Country Resort,, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan
MotoBersatu Mencapai Kecemerlangan
Nombor sekolah03-89963191
Kod sekolahWEA0239
Pengerusi PIBGRosnah binti Mohd Isa
PengetuaMohd Shukry bin Hussain
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris (DLP)
GPK Pentadbiran dan AkademikMaznah binti Musa
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMohd Hasbi bin Ramli
Penolong Kanan KokurikulumSuriati Dewi Rahayu binti Mohd Hanapiah
Faks03-89963305
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil (atau lebih dikenali sebagai SMK Bukit Jalil; atau singkatannya SMKBJ) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur.[1] Sekolah ini dibuka pada Januari 2002 dan dibina di atas tanah seluas 12366.00 hektar.[2] Sekolah ini terdiri daripada lima blok, kantin, dan surau. Blok-blok ini menempatkan kemudahan-kemudahan seperti pejabat pentadbir dan bilik darjah.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat KMZ Sdn. Bhd. telah dikontrak oleh Kerajaan Malaysia untuk membina sekolah ini[3], dan pada tahun 2002 sekolah tersebut dibuka dengan Pn. Zaimah Daud sebagai pengetua pertama.[2] Sekolah ini telah memulakan sesi persekolahan pada tahun 2002 dengan jumlah guru seramai 11 orang dan jumlah pelajar ialah seramai 12 orang.[2]

Pada 28 Mac, 2024, sekolah ini terjejas oleh ribut petir yang melanda Bukit Jalil dan telah diperuntukkan RM 30,000 oleh wakil rakyat Seputeh.[4]

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Bukit Jalil yang tercinta[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu

SMK Bukit Jalil yang tercinta
Tumpuan kasih dan sanjungan semua
Sumber ilmu berguna dan berkualiti
Menggunakan teknologi terkini

Ayuh kita~ bersama merealisasikan
Jati diri, cekal semangat waja
Melahirkan~ insan luhur berakhlak mulia
Curah bakti berjasa pada negara

Bersatu mencapai kecemerlangan
Jadikan panduan dan amalan
SMKBJ-kan terus berjaya
Berlandas prinsip Rukun Negara

Warga berilmu, berketrampilan
Menuju era-Wawasan
Warga penyayang, jujur, setia
SMKBJ terus berjaya
SMKBJ-kan terus berjaya.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil
Jalan 3/155A, Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur
Telefon = 03-89963191
Faks = 03-89963304

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SMK Bukit Jalil, Kuala Lumpur - Malaysia Education Directory".
  2. ^ a b c "KEMUNCAK EDISI-17 - Flip eBook Pages 1-50 | AnyFlip".
  3. ^ a b "SMK Bukit Jalil | Syarikat KMZ Sdn. Bhd".
  4. ^ "Freak thunderstorm wreaks havoc in government housing schemes in KL".