Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan, Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan
Lokasi
Jalan Damai, 35000, Tapah,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu untuk Berkhidmat
Nombor sekolah+605-4011181
Kod sekolahAEA0033
Pengerusi PIBGTn Hj Saidin b Abdul Rasid
PengetuaEn Ruslan Bin Khalid
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Hajjah Laili Nordaini Binti Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Azamri bin AB Rahman
Penolong Kanan KokurikulumEn Mohd Faizal Bin Jamaludin
Faks+605-4014200


Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan atau nama ringkasnya SMK Hamid Khan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Damai, Tapah, Perak

Pada 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan memiliki 437 pelajar lelaki dan 366 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 803 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009

Pada 2024, Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan memiliki 309 pelajar lelaki dan 223 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 542 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan Tapah, Perak atau ringkasnya SMKHK terletak di suatu kawasan seluas 4.9 hektar yang terdahulunya kawasan bekas lapang sasar (menembak) Angkatan Tentera British / Malaysia. Sekolah ini yang diasaskan pada tahun 1966 bagi menampung pelajar-pelajar aliran Melayu yang menumpang di Government English Secondary School Tapah (SMBA) yang mempunyai satu kelas Tingkatan 1.

SMKHK ini telah menempuh pelbagai pengalaman dan era perubahan dari semasa ke semasa dalam segala bidang serta melahirkan ramai tokoh dalam segala bidang akademik dan sukan yang menjadi kebanggaan sekolah, negeri dan kebangsaan.

Senarai pengetua SMK Hamid Khan[sunting | sunting sumber]

  • 1966 - 1972 - Tn Hj Syed Jaafar bin Syed Hassan
  • 1972 - 1977 - En Haniff bin Amran
  • 1977 - 1980 - En Zainal Abidin bin Abdullah
  • 1980 - 1983 - En Hafizi bin Abdullah
  • 1983 - 1988 - Tn Hj Abdul Munir bin Abdul Rahman
  • 1988 - 1991 - Tn Hj Idris bin Abd Majid
  • 1991 - 1993 - En Sulaiman bin Hj Samson
  • 1993 - 2008 - Pn Mashitah bt Hj Yusof
  • 2008 - 2011 - En Mior Ahmad bin Ri
  • 2011 - 2012 - En Dzulkifli bin Ramli
  • 2012 - 2016 - Tn Hj Zulkifli B Md Said
  • 2016 - 2017 - En Shahruddin Bin Mohd Daud
  • 2017 - 2023 - YM Raja Mansor Bin Raja Daud
  • 2023 - sekarang - En Ruslan Bin Khalid

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan
Jalan Damai
35000, Tapah
Perak,  Malaysia
Telefon = 6054011181
Fax = 6054014200

Pautan luar[sunting | sunting sumber]