Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban
Lokasi
Jalan Ayer Panas, Bemban, Melaka
Pekan Bemban, Jasin, Melaka Bandaraya Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Harian
Moto"Berilmu, Berjaya"
Ditubuhkan1 Januari 2000
Nombor sekolah(+6)06-5216684
PengetuaTn Hj Kamaruzzaman bin Ab Rahim
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Roslani bin Maskan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Hajah Sarina binti Mat Saman
Penolong Kanan KokurikulumEn Ahmad Zamani bin Abu Hashim
Faks(+6)06-5210252
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban (dikenali sebagai SeriBeSS) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di kawasan Ayer Panas, Melaka (kini dikenali sebagai Bemban) dengan kawasan seluas lebih kurang 16 ekar. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah yang mempunyai kelas peralihan untuk pelajar berbangsa Cina atau India yang mendapat keputusan UPSR yang tidak memberangsangkan. Sehingga kini, SMK Seri Bemban mempunyai matlamat sendiri untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban mula dibina pada 24 Ogos 1998 di sebidang tanah seluas 16 ekar di kawasan Ayer Panas (kini dikenali sebagai Bemban) di bawah N24 DUN Bemban. SMK Seri Bemban terdiri daripada beberapa blok, iaitu Blok Pentadbiran, Blok Bilik TINGKATAN, Blok Bengkel, Pusat Sumber dan Makmal Sains. Sekolah ini dibina bersama dengan beberapa kemudahan iaitu sebuah kantin, sebuah bengkel pertanian dan sebuah pondok pengawal di hadapan pintu masuk.

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban telah berkembang selepas ianya disiap sepenuhnya pada bulan Mac 2000. Pada 17 Januari 2000, seramai 138 orang pelajar telah mendaftar untuk belajar di sekolah ini disertai dengan 14 orang guru dan 7 orang kakitangan sokongan. Pengetua yang pertama pada ketika itu ialah Cik Shaleha Binti Abdol yang telah memimpin dan mentadbir SMK Seri Bemban selama 3 tahun iaitu dari tahun 2000 sehinggalah beliau bersara pada tahun 2003.

Kemudian, dari tahun ke tahun jawatan Pengetua SMK Seri Bemban silih berganti seperti berikut:

1- Puan Saleha binti Abdol (2000-2003)

2- Puan Hajah Zariyah binti Haji Daud (2004-2006)

3- Puan Hajah Rukiah binti Mustakim (2006-2009)

4- En. Md.Isa bin Salleh (2009-2010)

5- En Ahmad Kamal bin Mohd Don (2010-2013)

6- Pn Azimah binti Ahamad (2013-2014)

7- En Razali bin Ali (2014-2015)

8- Tn Hj. Safie bin Hj. Ibrahim (2015-2018)

9- En Mohd Yusof bin Said (2018-2020)

10- Dr. Hajah Asfalaila binti Ajis (2020-2022)

11.Tn Hj Kamaruzzaman bin Ab Rahim (2022- sehingga kini)

Lagu rasmi sekolah[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu

SMK Seri Bemban
Indah serta gagah
Gedung ilmu pembentuk minda
Berilmu, berakhlak mulia, berjaya
Jadi anak Malaysia ternama

Patuh pada agama
Hormat ibu bapa dan guru

Sayangi rakan dan perpaduan
Bertekad tuntut ilmu tanpa jemu

Kami berjanji menjulang namamu
SMK Seri Bemban
Martabatkan ilmu yang dituntut
Menjadi insan yang berjaya


Bahasa Inggeris

SMK Seri Bemban breathtaking and mighty
Centre of knowledge, developing mind
knowledgeable, virtous, honourable, successful
To become renowned Malaysians

Observe religions duties,
Respect parents and teachers
Love our friends and unity
Determined to seek knowledge persistently

We promise to glorify your name
SMK Seri Bemban
Elevate knowledge that we acquire
To become successful human beings

Kelas-kelas berada di sekolah[sunting | sunting sumber]


Tingkatan Kelas
Pendidikan khas Empat
Peralihan Satu
Satu 1 Marikh, 1 Musytari, 1 Uranus, 1 Utarid, 1 Zuhal, 1 Zurah
Dua 2 Marikh, 2 Musytari, 2 Uranus, 2 Utarid, 2 Zuhal, 2 Zurah
Tiga 3 Marikh, 3 Musytari, 3 Uranus, 3 Utarid, 3 Zuhal, 3 Zurah
Empat 4 UM, 4 UUM, 4 UKM, 4 UPM, 4 UITM, 4 UTHM
Lima 5 UM, 5 UUM, 5 UKM, 5 UPM, 5 UITM, 5 UTHM


Maklumat sekolah[sunting | sunting sumber]

Alamat surat menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban
Jalan Ayer Panas, 77200
Bemban, Melaka

No. telefon / faksimili[sunting | sunting sumber]

  • No. telefon : (+6)06-5216684
  • No. faksimili : (+6)06-5210252

Informasi ICT[sunting | sunting sumber]

Alamat e-mel: mea1080@moe.edu.my

Visi dan Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi :

PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA

Misi :

Untuk mencapai tahap kecemerlangan, SMK Seri Bemban akan berusaha :

  • Mewujudkan pengurusan sekolah berkesan.
  • Meningkatkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum.
  • Meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik dan kokurikulum.
  • Mengekalkan suasana ceria dan kondusif.
  • Membina hala tuju kehidupan terpuji.
  • Mengamalkan silang budaya untuk menzahirkan 1 Malaysia

Slogan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban Ceria, Harmoni Berbudaya Cemerlang.

Objektif sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Untuk meningkatkan prestasi pencapaian keputusan peperiksaan PT3 dan SPM ke arah 100% lulus.
  • Untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
  • Untuk menyedia dan mengembangkan iklim dan budaya sekolah yang kondusif untuk pendidikan yang berkesan.
  • Untuk meningkatkan kecemerlangan dalam disiplin dan sahsiah diri pelajar sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sudut Warisan[sunting | sunting sumber]

Pengenalan

Menariknya di SMK Seri Bemban terdapatnya Sudut Warisan di sekolah ini. Dengan adanya sudut ini warga sekolah dapat mengimbas semula peralatan lama untuk segala aktiviti yang pernah digunakan pada satu ketika dahulu. Tambahan lagi, sudut warisan ini diwujudkan supaya para pelajar SMK Seri Bemban mengenali warisan tradisional yang pernah digunakan pada zaman dahulu. Sudut warisan ini juga membolehkan warga sekolah SMK Seri Bemban menambah pengetahuan tentang warisan sejarah dengan memaparkan koleksi peralatan sejarah zaman dahulu. Selain itu, untuk melahirkan kesedaran dalam kalangan pelajar-pelajar SMK Seri Bemban untuk menghayati sejarah dan seterusnya mencintai budaya dan warisan sejarah. Hal ini kerana, warisan budaya tradisional semakin tidak dikenali dan menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Antara warisan tradisional yang terdapat dalam sudut galeri warisan SMK Seri Bemban adalah:

Rumah Melaka

Rumah Tradisional Melaka merupakan rumah tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin. Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik. Halaman Rumah Tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga. Rumah melayu Melaka mempunyai identity tersendiri kerana keunikannya yang ternyata mempunyai struktur bangunan yang berbeza berbanding rumah tradisional Melayu yang lain. Struktur binaan ini mengambil kira pelbagai aspek penting sama ada daripada segi susun atur ruang, atur letak ragam hias dan pemilihan bahan yang perlu diaplikasikan. Seni warisan yang paling utama yang ditawarkan oleh Melaka ialah seni bina rumah Melaka yang kaya dengan seni ukiran tangan yang halus. Identiti binaan asal ini adalah bertitik tolak daripada sejarah lampau istana Melaka yang kaya dan cukup terkenal ketika zaman dahulu. Hamper kesemua bahagian pada struktur binaan rumah Melaka dihiasi dengan ukiran yang bermotifkan flora, fauna dan bentuk-bentuk geometri.

Selain itu, rumah Melaka juga mempunyai ciri identitinya tersendiri yang mana identiti seni binanya terkenal sejak dahulu lagi. Reka bentuk rumah Melayu Melaka yang berbumbung panjang, bertiang 12 dan bertangga batu merupakan ciri asa seni bina ini. Setiap komponen rumah yang dibina sama ada ruang ataupun bahagian-bahagian paling kecil mempunyai fungsi dan kepentingannya. Hal ini secara tidak langsung membawa kepada lahirnya nilai estetika dan unsur-unsur perlambangan yang terhasil di sebalik pembinaan komponen-komponen ini. Setiap elemen yang diperincikan dalam seni bina ini begitu menitikberatkan sifat, sikap, dan budi pekerti orang-orang Melayu itu sendiri. Sifat lemah lembut, berbudi bahasa, tolong-menolong, merendah diri dan sifat-sifat positif lain dipancarkan dalam ragam hiasnya.

Terdapat dua elemen penting yang mendasari pembinaan rumah warisan ini. Pertama adalah budaya masyarakat Melayu dan keduanya pula adalah pegangan agama Islam sebagai tunjang utama dalam kehidupan. Kedua-dua elemen ini didukung oleh masyarakat Melayu dalam proses pembinaan rumah, pemilihan motif pada ragam hias dan sehinggalah peranan dan fungsi setiap ruang rumah tersebut. Pemilihan motif ukiran pada ragam hias komponen-komponen rumah terdiri daripada motif flora seperti bunga kemboja, bunga tanjung, bunga melati, bunga matahari dan sebagainya. Kesemua jenis bunga ini mempunyai perkaitan rapat dengan masyarakat Melayu kerana pokok-pokok bunga ini ditanam sebagai landskap hiasan. Sifat bunga-bunga ini yang mekar, wangi, daunnya yang sederhana lebar dan warnanya yang cantik telah mengilhamkan tukang-tukang ukir Melayu menterjemahkan sifat bunga ini dalam ukiran mereka sehingga menimbulkan perlambangan-perlambangan yang membawa maksud baik dan positif.

Elemen Islam pula jelas terlihat pda fungsi ruang-ruang yang dibina di dalam rumah, seperyi ruang serambi, ruang ibu dan dapur. Ruang-ruang ini dibina berdasarkan sifat pengasingan antara genser lelaki dan wanita. Islam membataskan pegaulan antara muhrin dan bukan muhrin agar terhindar daripada segala perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Anak-anak lelaki akan diasingkan ruang tempat tidur mereka dengan anak-anak perempuan. Tetamu lelaki juga lebih sinonim dengan ruang serambi atau anjung yang lebih bersifat terbuka. Ruang ini dijadikan sebagai tempat perbincangan dan juga majlis-majlis keagamaan. Kaum wanita pula lebih tertumpu di ruang dapur. Gabungan Melayu dan Islam inilah yang menjadikan rumah Melayu Melaka mempunyai ciri yang sangat menarik.

Basikal Tua

SEJARAH BASIKAL TUA
BASIKAL tua telah dibawa masuk oleh British sekitar tahun 1890-an untuk golongan bangsawan dan kakitangan British. Basikal menjadi kenderaan utama dan cukup popular sehingga awal 60-an sebelum kenderaan seperti motosikal, vespa, lambreta, dan kereta mula menggantikannya. Syarikat Raleigh Industry yang terletak di Nothingham, England merupakan syarikat basikal terbesar di dunia yang mengeluarkan basikal untuk pasaran dunia sejak 1886.Syarikat tersebut telah memasarkan banyak model-model basikalnya di Asia termasuk Malaysia sewaktu era sebelum dan selepas merdeka. Ia terdiri daripada pelbagai jenama, antaranya Hercules, Philips, Raleigh, Rudge, Triumph, Robin Hood Hopper dan King Edward VII, sebahagian besarnya dikeluarkan dari tahun 1930 hingga 1950-an. Pada zaman dahulu, basikal banyak menyimpan nostalgia dan sejarah kerana basikal tua digunakan secara meluas sebagai kenderaan untuk bergerak yang menghubungkan masyarakat, mengangkut barang, kenderaan perang, dan sebagainyaSebagai contoh pada era sebelum merdeka, polis, tentera, pos, guru, kakitangan kerajaan dan masyarakat menggunakan basikal untuk urusan seharian mereka.

NOSTALGIA BASIKAL TUA, DULU, KINI DAN SELAMANYA
Hari ini, basikal tua menjadi buruan peminat-peminat antik seluruh dunia kerana kualiti dan keunikannya. Harga sebuah basikal tua yang berkondisi baik dengan kelengkapan aksesori yang asli sekitar RM3,000 hingga RM5,000 sebuah. Harga aksesori seperti lampu, loceng dan beg buatan England sering mendapat permintaan yang tinggi di kalangan peminat-peminat basikal tua seluruh dunia. Tidak hairanlah harga sebiji loceng dan lampu karbida dari jenama Lucas dari tahun 1930-an boleh mencecah ribuan ringgit hari ini. Fenomena yang melanda komuniti basikal tua Malaysia hari ini menyaksikan peminat-peminatnya lebih berani mengekspresikan diri dengan memakai pakaian atau busana dari era sebelum merdeka dan selepas merdeka.



Mesin Taip

Mesin taip adalah peranti elektronik, elektromekanik atau mekanik dengan set "kekunci" yang apabila ditekan, menyebabkan huruf dicetak pada dokumen, biasanya kertas. Mereka yang menggunakan mesin taip dikenali sebagai jurutaip. Mesin taip mempunyai kekunci mesin taip, dengan kekunci untuk huruf pada muka taip. Kaedah bagaimana mesin taip meletak tanda pada kertas sekarang pelbagai sebagaimana jenis pencetak, tetapi sehingga akhir abad ke-20, ia merupakan dengan hentaman logam (atau kemudiannya, unsur jenis plastik berlogam pada jalur berdakwat yang menyebabkan dakwat melekat pada kertas. Kertas karbon kadang kala diselit antara beberapa lapisan kertas, agar salinan huruf dicetak pada setiap lapisan kertas.

Untuk sebahagaian besar abad ke-20, mesin taip merupakan alat penting di pejabat dan kebanyakan penulis. Kini, walaupun masih popular digunakan beberapa penulis dan di negara kurang maju, mesin taip kebanyakannya telah digantikan dengan pemproses kata pada komputer peribadi. Dalam dunia moden, dengan perkembangan pesat komputer peribadi dengan perisian pemproses kata, kegunaan mesin taip telah merosot sehingga hampir hilang dan digunakan oleh kebanyakan orang tanpa capaian atau latihan bagi menggunakan komputer, dan untuk kegunaan khas seperti mengisi borang. Teks mesin taip yang sama jarak, biasa, dan kelihatan sedikit tidak seimbang mempunyai daya tarikannya sendiri, dan sesetengah orang, tua dan muda gemar menggunakan mesin taip sekali-sekala.

Di sesetengah negara di mana komputer peribadi tidak meluas, seseorang boleh pergi ke lapangan umum dan melihat mereka yang berkumpul disana dengan mesin taip lama tetapi kukuh dan dipercayai. Mereka ini menyewakan khidmat mereka sebagai penulis surat segera, menerima diktasi daripada pelanggan mereka, yang mungkin buta huruf, atau hanya tidak mempunyai mesin taip. Warga SMK Seri Bemban beruntung kerana masih terdapat sebuah mesin taip yang boleh dilihat oleh generasi muda khususnya murid-murid disekolah ini yang pastinya jarang melihatnya diluar. Warisan ini perlu dijaga sebaiknya agar generasi akan datang dapat terus mengenali apakah itu mesin taip dan bagaimana rupa bentuknya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]