Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kampong Karak Setia,, 28600, Karak,, Pahang Darul Makmur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6092313331 |
Kod sekolah | CEA0056 |
Faks | 6092313330 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong atau nama ringkasnya SMK Seri Bentong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampong Karak Setia,.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong memiliki 230 pelajar lelaki dan 358 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 588 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.2009
Sejarah[sunting | sunting sumber]
SMK Seri Bentong mula beroperasi pada 6 Januari 1997. Pada peringkat awal, sekolah
ini menumpang di SMK Sulaiman, Bentong selama 8 bulan. Pada ketika itu, kakitangan
terdiri daripada 9 orang guru dan seorang Pembantu Tadbir. Jumlah murid-murid pula
102 orang yang terdiri daripada murid lelaki dan murid perempuan tingkatan satu
sahaja.
SMK Seri Bentong telah berpindah ke bangunan sendiri pada 14 September
1997 di Km 6 Jalan Karak-Mentakab dengan keluasan tanah seluas 37 ekar. Kini, SMK
Seri Bentong mempunyai 5 blok bangunan sekolah dan enam blok bangunan asrama
iaitu 3 blok aspura dan 3 blok aspuri, sebuah dewan, sebuah surau dan sebuah
makmal komputer.
SMK Seri Bentong merupakan antara sebuah sekolah Model Khas Kementerian
Pendidikan Malaysia. Sekolah ini menempatkan murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6
dalam Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP) manakala murid-murid menengah
dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dalam SMK Seri Bentong.
Murid-murid sekolah ini merupakan murid-murid yang memperoleh keputusan
cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Pemilihan murid dibuat oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Pahang. Semua murid diwajibkan tinggal di asrama. Pada tahun
2014, SMK Seri Bentong mencipta sejarah apabila telah dinobatkan sebagai Sekolah
Kluster Kecemerlangan. SMK Seri Bentong telah meletakkan mata pelajaran Bahasa
Melayu sebagai Kebitaraan Akademik dan permainan Petanque sebagai
Kebitaraan Kokurikulum.
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
'pmr~~ 1.22
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong
- Kampong Karak Setia,
- 28600, Karak
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6092313331
- Fax = 6092313330