Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sura
Alamat
SMK Sura Kampung, Sura Tengah
 Malaysia Kg. Sura Tengah, Dungun,, 23000, Dungun, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Nama lainsemesra
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Motosemesra sehasrat sepakat sukses
Autoriti pendidikandungun
Nombor sekolah6098484798
Kod sekolahTEA1034[1]
Pengetuacikgu Mustafa Bin Chik
Kelas22
Bahasabahasa melayu
LaguSemesra Sehasrat Sepakat Sukses

Inilah teras moto kami yang setia memimpin Kami kental menempuhi ujian cabaran Terus tuju kegemilangan Pastinya milik kami

  • SMK Sura

Bermulanya duniaku Kami berbangga bersamamu Janji julang namamu, Walau kecil di mata Rela berjuang bersama Kegemilangan SMK Sura, Pastinya milik kami

  • Ulang korus
Faks6098484798
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Sura atau dikenali sebagai semesra, ialah sebuah sekolah menengah awam yang terletak di dalam sura, dungun, terengganu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sura terletak di sebuah kampung di persisiran pantai Laut China Selatan. Nama sekolah ini diambil sempena Kampung Sura, tempat ia berada.

Sekolah ini mula dibina pada tahun 1993 dengan keluasan 7.2 hektar dan mula beroperasi pada 16 Jun 1995. Pada ketika itu, hanya seorang Guru Penolong Kanan Kurikulum, Encik Mat Zali Bin Ismail, ditempatkan untuk menguruskan dan mentadbir sekolah pada peringkat awal.

Pada 1 Julai 1995, Sekolah Menengah Kebangsaan Sura (SMKS) mula dibuka untuk menerima 325 orang pelajar dari tingkatan 1, 2, dan 4 serta 13 orang guru yang sebelum ini ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah (SMKTIZ). Pelajar-pelajar dari SMKTIZ ini berpindah secara berkelompok ke SMKS, iaitu rumah kediaman mereka yang berada berhampiran dengan SMKS dan yang bersempadan dengan jalan utama, Bandar Dungun ke Kemaman.

Pada permulaan sekolah ini dibuka, hanya terdapat 7 kelas sahaja, iaitu tiga kelas untuk Tingkatan Satu, tiga kelas untuk Tingkatan Dua, dan satu kelas untuk Tingkatan Empat. Manakala bilangan gurunya pula seramai 14 orang sahaja yang terdiri daripada 5 orang guru lelaki dan 9 orang guru perempuan serta seorang Pembantu Tadbir.

Bermula pada 1 Julai 1995 hingga 9 Disember 1995, sekolah ini tidak mempunyai Pengetua. Tugas mengurus sekolah dilaksanakan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum, Encik Mat Zali Bin Ismail. Hanya pada 10 Disember 1995, Tuan Haji Abdullah Bin Ali, iaitu Pengetua SMK Paka, telah bertukar menjadi Pengetua SMK Sura yang pertama. Namun, beliau tidak lama menjawat jawatan tersebut kerana pada 1 Mac 1996, beliau ditukarkan menjadi Pengetua SMK Sultan Omar, Dungun.

Pada 1 April 1996, Encik Abdul Malik Bin Musadali, iaitu Penyelia Petang SMK Ketengah Jaya, dilantik sebagai Pengetua Kedua SMK Sura. Beliau berkhidmat sehingga 31 Disember 1999 dan kemudiannya bertukar ke SMK Pulau Serai, Dungun.

Encik Zakariah Bin Ali, iaitu Pengetua SMK Jerangau, telah menjadi Pengetua SMK Sura pada 1 Januari 2000 hingga 31 Januari 2001. Pada 1 Disember 2000, Puan Hajah Midah Bt. Mamat pula dilantik sebagai Pengetua Keempat SMK Sura bagi menggantikan Encik Zakariah Bin Ali yang bertukar ke SMK Ketengah Jaya. Puan Hajah Midah Bt. Mamat bertugas sebagai Pengetua SMK Sura sehingga tahun 2009.

Puan Hajjah Salmah Binti Mohd Tahar menggantikan beliau sebagai pengetua sehingga tahun 2012, lalu digantikan Hajjah Raziah Binti Ismail hingga tahun 2014. Kemudian, Haji Mohd Sidek Bin Embong menggantikan Hajjah Raziah hingga tahun 2016. Sekitar tahun 2016 hingga 2019, Che Rashid Bin Sulong ialah pengetua sekolah ini. Dari tahun 2022 hingga 2024, pengetua sekolah ini ialah Cikgu Husin Bin Muhammad Nor.cikgu Mustapha bin chik menggantikan beliau pada tahun 2024 dan masih menjadi pengetua sehingga kini.

Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Bin Tengku Md Fauzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Din merupakan ADUN Terengganu bahagian Sura. Beliau adalah bekas pengetua sekolah ini.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sura memiliki 350 pelajar lelaki dan 290 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 640 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.

Pada 3 Disember 2015, juruteknik komputer sekolah ini ditemui meninggal dunia di ruang tamu kuarters guru sekolah ini. Beliau bernama Muhammad Hafiz Che Kamarudin yang berusia 31 tahun. Mangsa yang berasal dari Kampung Teluk Ketapang, Kuala Terengganu sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. Beliau dikatakan pulang ke Perak untuk menghantar mereka ke rumah saudaranya sebelum kejadian. Beliau telah menghilangkan diri selama dua hari sebelum pengetua sekolah ini mengarahkan salah seorang kakitangannya memeriksa beliau. Beliau disahkan mati mengejut.

Pada 21 Mei 2019, sebuah artikel telah dikarang oleh Raiham Mohd Sanusi untuk Sinar Harian yang bertajuk "SMK Sura terus sertai World #QuranHour". Dalam artikel tersebut, diketahui bahawa sekolah ini telah mendapat dana untuk meluaskan surau sekolah yang sebelum ini kecil yang menyebabkan waktu solat dibahagikan kepada dua.

Pada tahun 2019, Siti Nurliana Muhamad Nazri, 15 tahun, pelajar sekolah ini, bersama rakannya, Wan Najmiatul Fadhilah Wan Zailany, 15 tahun, dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Memasak Chef Remaja Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan anjuran MAGGI® (MSSCC) 2019 yang berlangsung di Aeon Kinta City di Ipoh

seni bina sekolah[sunting | sunting sumber]

SMKS dilengkapi dengan tujuh bangunan kelas. Tambahan pula, sekolah ini juga dilengkapi dengan berbagai kemudahan luar biasa seperti tandas (pada masa ini, hanya terdapat satu tandas lelaki), bilik komputer, makmal ilmu sains, bengkel, kantin, pondok pengawal keselamatan, bilik guru, dapur, bilik yang selesa untuk guru, perpustakaan, dan padang sukan, kelas PPki, stor sukan, kantin eksklusif untuk tenaga pengajar, tapak perhimpunan, koperasi makanan, koperasi alat tulis, bilik buku teks, pejabat, bilik kaunseling, perpustakaan, padang sukan, bilik pengawas, pondok tapak perhimpunan, dan berbagai lagi.

pengawas sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai 6 jenis pengawas iaitu pengawas sekolah, pengawas pustaka, pengawas penolong rakan sebaya, pengawas koperasi, pengawas buku teks, dan pengawas PPki.

fasiliti sukan[sunting | sunting sumber]

Sukan seperti gelanggang takraw dan bola tampar, serta padang bola sepak dan futsal dimainkan di atas jalan asfalt. Terdapat juga kawasan khas untuk memainkan petanque, bola jaring, lompat tinggi, dan lompat jauh. Trek perlumbaan akan dicat dipadang sekolah setiap tahun, manakala catur/ping pong di dalam dewan sekolah.

tempat parking[sunting | sunting sumber]

Di Semesra, terdapat 3 jenis tempat letak kenderaan. Kawasan pertama adalah tempat letak kenderaan untuk ibu bapa yang menghantar dan menjemput anak-anak di sekolah. Kawasan kedua ialah kawasan letak kenderaan motosikal/basikal, di sinilah tempat murid-murid yang datang ke sekolah menggunakan motosikal atau basikal meletakkan kenderaan mereka. Akhir sekali, terdapat kawasan letak kenderaan untuk guru dan kakitangan sekolah lain meletakkan kereta/motosikal mereka.

nombor telefon dan fax[sunting | sunting sumber]

Telefon = 6098484798
Fax = 6098484798

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Senarai Nama Semua Sekolah Menengah di Negeri Terengganu (Sejumlah 151 buah) - as at 31 December 2017

https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/kokurikulum-dan-kesenian-1/908-swasta-jadualpemarkahanpasukanbdnberuniformbaru2015/file

https://anyflip.com/ttymg/ogus/basic