Sekolah Menengah Sains Miri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Sains Miri
Lokasi
Miri, 98000, Sarawak
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi
MotoBerusaha Berilmu Beramal
Ditubuhkan1 Januari 1990
Nombor sekolah085-421371
Kod sekolahYEA4104[1]
Pengerusi PIBGEn. Jamari bin Amin
PengetuaPn. Dayang Laila binti Haji Kahar
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Dayang Safinaz binti Abang Bohari
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Muhammad Bin Ismail
Faks085-411050
Map

Sekolah Menengah Sains Miri (disingkatkan SM Sains Miri) ialah sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Miri, Sarawak, Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1990; pada tahun 2020, ianya mempunyai 460 orang , iaitu 222 pelajar lelaki dan 228 pelajar perempuan, serta 52 orang guru.[perlu rujukan] Pengetua semasa ialah Dayang Laila binti Haji Kahar.[2]. Sekolah ini juga telah berjaya mencatatkan beberapa rekod yang amat membanggakan dari sukan ,sahsiah dan pencapaian akademik. Sekolah ini juga merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi KOHORT 2 pada tahun 2011, setelah berjaya mengukir sejarah dalam memperoleh keputusan SPM yang amat dibanggakan.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Miri terletak di Jalan Bakam iaitu di sebuah tapak seluas 18.55 hektar (45.8 ekar) kira-kira sepuluh kilometer dari pusat bandar Miri, sebuah bandar di negeri Sarawak, Malaysia. Sekolah ini bersebelahan dengan Kampus Sarawak bagi Institut Pendidikan Guru Malaysia. Ianya juga terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Miri.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Seperti sekolah-sekolah yang lainnya, Sainsri juga mempunyai lagu yang menunjukkan imej sekolah tersebut dengan mempamerkan setiap kata yang digunakan untuk mencerminkan sekolah tersebut.


Sungguh indahnya alam di sekitar Di tepi laut angin pun bertiup Itulah dia sekolah kami Sekolah Menengah Sains Miri

Putih kuning biru warna bendera Berusaha berilmu beramal sentiasa Itulah lambang sekolah ini Kami rasa sungguh bangga

Kami di sini berbilang kaum Hidup bersama bersatu padu Bersopan santun, bekerjasama Bentuk akhlak yang mulia

Kami di sini bersemangat tinggi Untuk mencapai matlamat SBP Kami berjuang dengan sepenuh hati Menuju wawasan murni

Menara gading matlamat kami tuju Terima kasih pada sekolah tercinta Merealisasi cita-cita semua Kami tidak akan lupa

Sistem Rumah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini juga mempunyai sistem rumah seperti SBP yang lain. Nama sistem rumah diambil sempena nama huruf Greek purba.

  1. Gamma - Merah
  2. Delta - Biru
  3. Sigma - Hijau
  4. Omega - Kuning

Setiap daripada rumah sukan ini mempunyai jumlah pelajar yang sama dan mempunyai kehebatan yang berbeza. Pada setiap tahun, Anugerah Sistem Rumah akan dijalankan untuk memberikan anugerah kepada rumah sukan yang mampu untuk mengutip markah merit terbanyak dari segi kurikulum,pencapaian dan kokurikulum.

Tingkatan[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mengambil pelajar tingkatan satu hingga lima sahaja. Setiap tingkatan disediakan 4 buah kelas iaitu Iltizam, Usaha, Maju dan Jaya, menjadikan jumlah kelas 20 buah.

Asrama[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai 8 buah blok asrama. 5 daripadanya merupakan asrama putera manakala 3 lagi ialah asrama puteri. Nama-nama asrama diambil sempena nama universiti utama di Malaysia. Berikut ialah senarai asrama:

Asrama Putera

  1. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  4. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  5. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Asrama Puteri

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Sains Malaysia (USM)

Terdapat blok asrama putera yang dinamakan Universiti Malaysia Sabah (UMS), namun ia dikhaskan kepada pelawat luar yang ingin menginap di sekolah ini atau dijadikan tempat untuk pelajar berehat ketika sakit.Blok asrama ini juga telahpun dijadikan sebagai pejabat penyelia asrama.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Miri ditubuhkan pada 1 Januari 1990 dan ianya merupakan sekolah berasrama penuh yang pertama di Sarawak. Kemasukan pertama pelajar ialah bagi tingkatan satu, empat dan enam bawah. Sementara itu, pada mulanya hanya terdapat lima orang guru termasuk pengetua namun diikuti oleh 13 orang guru pada bulan seterusnya. Pada tahun 1995, pengambilan pelajar tingkatan enam bawah telah dihentikan dan digantikan dengan pengambilan pelajar bagi Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia seramai 26 orang sebelum kolej matrikulasi dibina di Labuan. Walau bagaimanapun, program matrikulasi tersebut telah dihentikan pada tahun 2000 setelah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pentadbiran dan pelajar[sunting | sunting sumber]

Sejak penubuhannya, Sekolah Menengah Sains Miri telah ditadbir oleh tujuh orang pengetua, iaitu:

  1. Zakiah binti Haji Omar (1 Januari 1990 - 15 Julai 1992)
  2. Baharin bin Harun (16 September 1992 - 18 Julai 1997)
  3. Rosey binti Haji Yunus (16 September 1997 - 2 Mei 2006)
  4. Lily binti Morni (16 Jun 2006 - 5 Mei 2009)
  5. Hajah Serina binti Sauni (10 Ogos 2009 - 22 Februari 2015)
  6. Mohd Dzul Badzli bin Abdullah (12 Jun 2015 - 5 Julai 2020)
  7. Dayang Laila binti Haji Kahar (25 September 2020 - sekarang)

Pengetua turut dibantu oleh Badan Bertindak Tertinggi Sekolah (BBTS) yang dianggotai oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Kanan Bahasa, Guru Kanan Kemanusiaan, Guru Kanan Vokasional dan Teknikal, Guru Kanan Sains dan guru-guru kaunseling. Selain itu, pengetua juga dibantu oleh staf bukan akademik untuk mengurus pentadbiran sekolah.

Tenaga pengajar di sekolah mempunyai ahli seramai 55 orang dan dibahagikan kepada panitia mengikut mata pelajaran yang diajar masing-masing. Guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Sains Miri merupakan guru-guru berijazah.

Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan peribumi Sarawak seperti Iban, Kayan, Kenyah dan lain-lain. Selain itu, pelajar tajaan bersama Yayasan Sarawak-Yayasan Sabah turut mengisi barisan pelajar sekolah ini. Terdiri daripada 20 buah kelas (empat buah kelas bagi setiap tingkatan), sekolah ini mempunyai 460 pelajar berdaftar setakat Mac 2020.

Mata pelajaran[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak mata pelajaran berasaskan Kemahiran Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diajar di sekolah ini namun, cuma 7/8 mata pelajaran sahaja diambil bagi Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) iaitu;

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sains
  4. Matematik
  5. Pendidikan Islam
  6. Geografi
  7. Sejarah
  8. Reka Bentuk dan Teknologi atau Asas Sains Komputer

dan 9 mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia iaitu;

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
  5. Sejarah
  6. Matematik Tambahan
  7. Fizik
  8. Kimia
  9. Biologi

Bahasa asing seperti Bahasa Perancis, Bahasa Jepun , Bahasa Arab dan Bahasa Cina turut diajar di sekolah ini menurut piawai antarabangsa. Pelajar yang cemerlang dalam bidang bahasa asing akan digalakkan untuk mengambil Proficiency Test bagi Bahasa Jepun dan Diploma Pendidikan Bahasa Perancis DELF bagi pelajar Bahasa Perancis.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai 20 unit kelas, satu makmal komputer, satu pusat sumber, dua blok makmal sains, satu blok kantin dan koperasi, satu blok bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu, satu makmal Bahasa Jepun, satu bilik Bahasa Perancis, satu makmal Bahasa Arab, satu blok pentadbiran, satu blok dewan, satu dewan terbuka, satu blok dewan makan, satu stor sukan, lapan blok asrama termasuk tandas, lima unit berek pekerja, tiga unit flat guru, dua unit rumah pentadbir, satu blok astaka, padang bola sepak dan rugbi, padang hoki, padang kriket, gelanggan tenis, gelanggan bola keranjang, gelanggan bola jaring, gelanggan badminton, gelanggan rejam lembing, lontar peluru, lempar cakera, sukan memanah, meja ping pong dan trek balapan berturap. Selain itu, dobi dan kemudahan Internet juga disediakan.

Batch Terkini[sunting | sunting sumber]

Ini adalah nama-nama batch yang telahpun dipilih sebagai imej sesebuah sekolah tersebut yang telah dijadikan sebagai satu tradisi untuk memberi nama batch kepada setiap pelajar.

  1. Elemental Prodigies(2020-2024)
  2. La Vaillance(2021-2025)
  3. Al Itqon(2022-2026)
  4. Victorius Spartan(2023-2027)
  5. Al Fawwaz(2024-2028)

Batch Alumni[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah nama-nama batch bekas pelajar yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah Sains Miri.

  1. The Glorious(2019-2023)
  2. Sagacious Descendant(2018-2022)
  3. Infinite Dynamics(2017-2021)
  4. Zircon Zealous(2016-2020)
  5. The Inspired(2015-2019)
  6. The Apex Paramount(2014-2018)
  7. D-Eminence (2013-2017)
  8. Al-Imtiaz (2012-2016)
  9. Living Legends(2011-2015)
  10. Beyond Boundaries(2009-2013)
  11. Sapphire(2008-2012)


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Sains Miri Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
Tel : 085-421371
Fax : 085-411050

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 2018-05-22.
  2. ^ "SM Sains Miri pencapaian kedua terbaik di Sarawak". Dicapai pada 2018-05-22.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 4°19′09″N 113°57′55″E / 4.319225°N 113.965312°E / 4.319225; 113.965312