Sepak tekong
Sepak tekong atau sipak tekong merupakan permainan tradisional yang berasal dari Sumatera Barat. Sepak tekong ialah bahasa Minang di mana sepak bermaksud menendang dan tekong bermaksud tin.
Peralatan[sunting | sunting sumber]
Permainan ini menggunakan peralatan yang mudah didapati dan dibuat oleh kanak-kanak iaitu dengan menggunakan tin terpakai. Batu-batu kecil dimasukkan ke dalam tin bekas, kemudian tin ditutup dengan mengetuk mulut tin. Jika tin digoncangkan ia akan menyebabkan bunyi bising akibat pergeseran batu dengan tin.[1]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Permainan Tradisional Sumatra Barat. Museum Negeri Provinsi Sumatra Barat "Adityawarman". 2001. m/s. 30.