Shakil Afridi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Shakil Afridi atau 'Shakeel Afridi' adalah doktor warga Pakistan yang didakwa membantu Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat CIA menjalankan program vaksin palsu di Abbottabad , Pakistan , untuk mengesahkan kehadiran Osama bin Laden dan mendapatkan sampel DNA buruan itu . Beliau telah ditangkap di sempadan Torkham ketika cuba untuk melarikan diri selepas Operasi Membunuh Osama bin Laden.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dr Afridi adalah lulusan 'Khyber Medical College' , Peshawar pada tahun 1990 dan bekerja sebagai doktor di Agenci Khyber yang ditadbir oleh puak Pakistan. Pada bulan Julai 2011 Dr Afridi dikatakan berusia 40-an.

Rakan sekerjanya di Hospital Jamrud mencurigai beliau sebagai ketua pakar bedah hospital. Dr Afridi telah dituduh mengambil sampel darah dari peti sejuk milik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tanpa kebenaran.

Reaksi Amerika[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Pertahanan AS , yang yang juga ketua CIA, Leon Panetta telah mengesahkan peranan Afridi dalam menentukan di mana Osama bin Laden berada di Abottabad. Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton menyatakan bahawa Pakistan tidak mempunyai justifikasi untuk menahan Dr Shakil Afridi. Rep Dana Rohrabacher berharap agar Presiden Obama memberi perlindungan kepada Afridi . ContohnyA HR4069 - anugerah Pingat Emas Kongres Dr Shakeel Afridi dan HR 3901 - mengisytiharkan Dr Afridi seorang warganegara Amerika Syarikat .

Reaksi Pakistan[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Oktober 2011 pihak Pakistan yang menyiasat kematian Bin Laden mencadangkan tuduhan pengkhianatan yang tinggi kepada Dr Afridi.Pakistan telah merampas pelbagai aset Dr Afridi. Keluarganya telah berpindah ke lokasi yang tidak diketahui. Dr Afridi telah dipecat dari tugasnya. Kerajaan negeri Pakhtunkhwa mengeluarkan notis pemecatan Dr Shakeel Afridi.


17 pegawai perubatan yang bekerja dalam program vaksin palsu ditubuhkan CIA dalam usaha mengesahkan Osama tinggal di bandar Abbottabad sudah pun dipecat. Selain itu, seramai 15 pekerja kesihatan wanita dipecat Ogos 2011 dan seorang doktor wanita serta seorang pembantu koordinator diberhentikan pada 17 Mac 2012.

Pertubuhan kemanusiaan termasuk Médecins Sans Frontières membantah penggunaan pasukan amal perubatan untuk tujuan pengintipan kerana akan membahayakan peribadi .

Rujukan[sunting | sunting sumber]