Sidang Kemuncak Asia Timur Keenam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sidang Kemuncak Asia Timur Keenam
Tuan rumahIndonesia
Tarikh18–19 November 2011
Bandar rayaBali
PesertaAhli EAS

Sidang Kemuncak Asia Timur Keenam ialah mesyuarat tahunan Sidang Kemuncak Asia Timur yang diadakan di Bali, Indonesia pada 18–19 November 2011. Mesyuarat ini diikuti oleh Pemimpin negara dari rantau Asia Timur dan negara-negara yang mengambil bahagian.

Peserta[sunting | sunting sumber]

Pemimpin negara dari 18 negara yang mengambil bahagian dalam mesyuarat ini:

Agenda[sunting | sunting sumber]

Fokus kembali Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat Hillary Clinton (belakang, dua dari kanan) bersama Setiausaha Agung ASEAN Surin Pitsuwan (depan paling kanan) serta Menteri Luar Negeri lain dalam East Asia Summit Foreign Ministers’ Consultation, 2011

Presiden Obama melakukan kunjungan perdananya ke Sidang Kemuncak Asia Timur keenam yang menggaris kembali fokusnya Amerika Syarikat ke kawasan Asia Pasifik meskipun terdapat halangan dan pengurangan anggaran kongres.[1][2] Ini termasuk perluasan kehadiran tentera di Australia Utara yang menimbulkan kewaspadaan dari negara jiran seperti Indonesia dan China.[2] Menteri Luar Negeri Hillary Clinton akan melakukan lawatan rasmi Amerika Serikat pertama ke Myanmar (Burma) setelah lebih dari 50 tahun lamanya.[1][2]

Latihan tentera AS di Australia Utara[sunting | sunting sumber]

Pertemuan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama Perdana Menteri China Wen Jiabao di Sidang Kemuncak Asia Timur, 2011

Perdana Menteri Gillard mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono tentang pusat latihan tentera Amerika Syarikat di Darwin tidak disasarkan pada negara tertentu dan berada di sana untuk membantu pemulihan bencana dan memperkuatkan hubungan yang dijalin sekian lama dengan Amerika Syarikat melalui ANZUS yang berusia lebih dari 60 tahun[3] Presiden Yudhoyono juga menyampaikan kepada Perdana Menteri Australia Gillard, latihan pertahanan harus melibatkan negara-negara ASEAN dan juga China untuk mengurangkan ketegangan dan membangun kepercayaan.[3]

Perdana Menteri Australia juga mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri China Wen untuk mengurangkan kebimbangan mengenai pengaturan pertahanan.[4] Dia menegaskan kembali bahawa Australia akan memiliki sekutu di Washington dan seorang teman di Beijing.[4]

Sengketa maritim serantau[sunting | sunting sumber]

Tuntutan wilayah lautan di Laut China Selatan

Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa pihaknya menyokong perundingan pelbagai hala secara serantau untuk memastikan perselisihan di Laut China Selatan diselesaikan secara damai meskipun bukan merupakan pihak dalam pertikaian wilayah dan menuntut tidak mengambil sebarang tindakan.[5][6] China memperkuatkan pandangannya bahawa perselisihan maritim harus diselesaikan secara berhala dengan semua negara yang terlibat daripada melibatkan kekuatan luaran yang mereka lihat sebagai gangguan dan penambahan lapisan kompleksiti.[5][6] China melihat Amerika Syarikat membawa pertikaian wilayah di Sidang Kemuncak tersebut sebagai dasar penahanan untuk melawan pengaruh ekonomi dan politik China yang berkembang di wilayah ini.[7] China terus menekankan kenaikan dan usahanya yang damai untuk bekerja dengan negara-negara jiran untuk mencapai kesepakatan mengenai perselisihan maritim.[7][6]

Kebimbangan negara-negara yang lebih kecil tentang pengaruh pengembangan jirannya di utara telah menyebabkan Amerika Syarikat untuk menjadi lebih terlibat di kawasan ini dan bertepatan dengan beberapa kepentingan mereka untuk mengimbangi China.[8] Hal ini juga memiliki pengaruh negara-negara yang memiliki suara individu kuat untuk berunding dengan China.[8]

Myanmar[sunting | sunting sumber]

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama Menteri Luar Negeri Hillary Clinton saat memberikan kenyataan berkaitan Myanmar di sela-sela KTT Asia Timur, 2011

Presiden Obama telah mengatakan bahawa beliau sedang menghantar Setiausaha Hillary Clinton ke Myanmar dalam beberapa minggu akan datag untuk terlibat dalam dialog mengenai hubungan yang lebih baik dengan Amerika Syarikat.[9] Pemerintah Burma dijalankan secara sivil sejak Mac 2011. Amerika Syarikat menekankan bahawa China diberitahu mengenai kunjungan tersebut dan tidak menggantikan hubungan kuat Myanmar dengan China.[9] Mereka juga menyatakan China ingin melihat Burma yang stabil berdekatan dengan sempadannya dan mengurangkan risiko seperti ketidakstabilan politik dan pelarian.[9] China ialah penyokong lama Myanmar yang kaya sumber daya dan telah memberikan bantuan kewangan dan pelaburan.[9] Pemerintah Burma telah berhujah bahawa mereka akan melanjutkan jalan terbuka melalui sempadan politik yang meluas dan membebaskan tahanan politik.[10]

Myanmar terpilih sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan pada tahun 2014 meskipun ada kebimbangan dari kelompok hak asasi manusia bahawa reformasi tersebut tidak cukup.[11][12] Negara-negara lain telah menyatakan bahawa pemberian pengerusi persidangam ASEAN akan mendorong pemerintah sivil Myanmar untuk melanjutkan langkah perubahan di negara yang secara ekonomi dan politik terasing oleh embargo dan sempadan.[12]

Hasil[sunting | sunting sumber]

Presiden Rusia Dmitry Medvedev tidak hadir dan diwakili oleh Menteri Luar Negeri Sergey Lavrov. Perdana Menteri New Zealand John Key juga tidak hadir dan diwakili oleh Menteri Luar Negeri Murray McCully. Para pemimpin anggota lain turut hadir.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Damian Grammaticas, Beijing correspondent (21 November 2011). "Obama's victory over China?".
  2. ^ a b c English.news.cn (22 November 2011). "Tension grows as US "Back in Asia". xinhuanet.com.
  3. ^ a b Tom Allard, Bali (21 November 2011). "Invite China's army: Jakarta".
  4. ^ a b AAP (19 November 2011). "Gillard keen to reassure China on US presence". smh.com.au.
  5. ^ a b Peter Hartcher (22 November 2011). "Asia finds voice in test of wills with China". smh.com.au.
  6. ^ a b c JACKIE CALMES (19 November 2011). "Obama and Asian Leaders Confront China's Premier". nytimes.com.
  7. ^ a b Bloomberg (2011-11-20). "China plays down sea spats after Obama challenge at summit". Taiwan News, Newspaper.
  8. ^ a b John Lee (22 November 201). "Asia yearns for Uncle Sam". The Australian.
  9. ^ a b c d Erica Werner; Ben Feller (18 November 2011). "Obama sending Clinton to repressive Myanmar". businessweek.com. The Associated Press.
  10. ^ Jason Szep (20 November 2011). "Emboldened by Obama, Myanmar maps out reforms". Reuters.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2020-11-10.
  11. ^ ROBIN McDOWELL (18 November 2011). "Military-dominated Myanmar to chair ASEAN in 2014". Associated Press.
  12. ^ a b Daniel Ten Kate (17 November 2011). "Myanmar to Host Asean in '14 as Sein Moves Away From Military Dictatorship".