Sifilis kongenital

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sifilis Kongenital
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
PengkhususanPenyakit berjangkit
Gejala
Permulaan biasa
Bayi yang belum lahir, semasa lahir, bayi, dan selepas kelahiran[2]
Jenis
  • Awal (0-2 tahun)[1]
  • lewat (lebih dari 2 tahun)[1]
PuncaJangkitan dari ibu yang mempunyai sifilis kepada janin[2]
PencegahanSeks selamat, saringan, rawatan awal[5]
RawatanAntibiotik[6]
Rawatan perubatan
Penicillin melalui suntikan; Benzylpenicillin (IV), procaine benzylpenicillin (IM), benzathine penicillin G (IM)[6]
Kekerapan473 per 100,000 kelahiran (2016)[7]
Kematian204,000 seluruh dunia (2016)[7]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sifilis kongenital ialah sifilis berlaku apabila seorang wanita yang mempunyai jangkitan sifilis tidak menerima rawatan dan menularkanya kepada janin semasa mengandung . [1] Ia akan dapat dikesan pada bayi dalam kandungan sebagai pertumbuhan yang lemah, cecair berlebihan yang membawa kepada kelahiran pramatang, atau kehilangan bayi ; walaupun wujud kes yang tidak mempunyai apa-apa simptom. [2] [8] Ciri-ciri jangkitan adalah berbeza dan boleh dibahagikan kepada sebelum berumur 2 tahun dan selepas bayi berumur 2 tahun. [1] Biasanya, simptom tidak muncul pada beberapa minggu pertama bayi dilahirkan; walaupun bayi mungkin kecil dan mudah marah. [1] Ciri-ciri mungkin termasuk demam, ruam, hati dan limpa yang besar, hidung berair atau sakit tulang atau sendi . [1] [4] Mungkin terdapat kulit dan mata kekuningan, kelenjar besar, radang paru-paru, meningitis, benjolan kutil pada alat kelamin, pekak atau buta. [1] [5] Bayi yang berjaya bertahan hidup apabila dijangkiti bagaimanapun akan mengalami kecacatan pada hidung, kaki bawah, dahi, tulang kolar, rahang atau tulang pipi . [1] Mungkin terdapat lelangit berlubang atau melengkung tinggi, penyakit sendi, dan ketidakupayaan intelek . [1] [4] Sawan dan lumpuh saraf kranial juga dilihat berlaku pada awal dan akhir fasa jangkitan. [1]

Jangkitan ini adalah disebarkan oleh bakteria Treponema pallidum subspesies pallidum apabila ia melintasi janin didalam plasenta semasa kehamilan atau daripada terkena kudis sifilis semasa lahir . [1] [8] Ia tidak berjangkit semasa menyusu melainkan terdapat kudis sifilis pada payudara ibu. [1] Kebanyakan kes berlaku kerana pemeriksaan dan rawatan yang tidak mencukupi semasa kehamilan. [9] Bayi adalah sangat terdedah kepada jangkitan sekiranya ruam atau luka wujud. [1] Penyakit ini boleh dikesan melalui ujian yang dijalankan kepada ibu bayi; ujian darah dan ultrabunyi . [3] Ujian ke atas bayi mungkin termasuk ujian darah, CSF, dan pengimejan perubatan . [10] Penemuan mungkin mendedahkan darah merah rendah, platelet rendah, gula rendah, protein dalam air kencing, atau tiroid rendah . [1] Plasenta mungkin kelihatan besar dan pucat. [1] Siasatan lain termasuk ujian HIV . [10]

Antara langkah pencegahan ialah dengan mengamalkan seks selamat bagi mencegah sifilis pada ibu, dan pemeriksaan awal dan rawatan semasa kehamilan. [5] Satu suntikan intramuskular penisilin G benzatin kepada wanita yang hamil pada awal kehamilan boleh mecengah berlakunya penularan jangkitan ini kepada janin. [11] Rawatan sifilis kongenital bagi wanita yang disyaki menghidapi adalah dengan penisilin melalui suntikan; benzylpenicillin, procaine benzylpenicillin, atau benzatin penicillin G. [6] [10] Pada ketika ketiadaan penisilin, ceftriaxone boleh digunakan. [10] Jika terdapat alahan penisilin, penyahpekaan mungkin menjadi pilihan. [10] [12]

Sifilis menjejaskan kira-kira sejuta kehamilan setahun. [13] Pada 2016, terdapat kira-kira 473 kes sifilis kongenital bagi setiap 100,000 kelahiran hidup dengan sebanyak 204,000 kematian dilaporkan seluruh dunia. [7] Daripada 660,000 kes yang dilaporkan pada 2016, 143,000 kematian bayi dalam kandungan telah dilaporkan, 61,000 kematian bayi baru lahir, 41,000 kelahiran bayi pramatang atau tidak cukup berat badan, dan 109,000 kanak-kanak kecil didiagnosis dengan sifilis kongenital. [14] Sekitar 75% kes adalah daripada benua Afrika dan Mediterranean. [4] Kos pencegahan jangkitan ini adalah tidak mahal. [11] [15] Penyakit ini pertama kali dikelaskan pada abad keenam belas. [16] Ujian darah untuk sifilis telah diperkenalkan pada tahun 1906, yang kemudiannya menunjukkan bahawa penyebaran berlaku dari ibu. [17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q Medoro, Alexandra K.; Sánchez, Pablo J. (June 2021). "Syphilis in Neonates and Infants". Clinics in Perinatology. 48 (2): 293–309. doi:10.1016/j.clp.2021.03.005. ISSN 1557-9840. PMID 34030815. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-07-20. Dicapai pada 2023-05-10.
  2. ^ a b c Ghanem, Khalil G.; Hook, Edward W. (2020). "303. Syphilis". Dalam Goldman, Lee; Schafer, Andrew I. (penyunting). Goldman-Cecil Medicine (dalam bahasa Inggeris). 2 (ed. 26th). Philadelphia: Elsevier. m/s. 1986. ISBN 978-0-323-55087-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-30. Dicapai pada 2023-05-08.
  3. ^ a b "Congenital Syphilis". Centers for Disease Control and Prevention (dalam bahasa Inggeris). 1 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2023. Dicapai pada 12 May 2023.
  4. ^ a b c d Adamson, Paul C.; Klausner, Jeffrey D. (2022). "60. Syphilis (Treponema palladium)". Dalam Jong, Elaine C.; Stevens, Dennis L. (penyunting). Netter's Infectious Diseases (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2nd). Philadelphia: Elsevier. m/s. 339–347. ISBN 978-0-323-71159-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-07-06. Dicapai pada 2023-07-05.
  5. ^ a b c "STD Facts - Congenital Syphilis". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 10 April 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2023. Dicapai pada 9 May 2023.
  6. ^ a b c Ferri, Fred F. (2022). "Syphilis". Ferri's Clinical Advisor 2022 (dalam bahasa Inggeris). Philadelphia: Elsevier. m/s. 1452–1454. ISBN 978-0-323-75571-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-30. Dicapai pada 2023-05-09.
  7. ^ a b c Global progress report on HIV, viral hepatitis and sexually transmitted infections, 2021 (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Geneva: World Health Organization;. 2021. ISBN 978-92-4-003098-5. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-03-26. Dicapai pada 2023-05-08.CS1 maint: extra punctuation (link)
  8. ^ a b James, William D.; Elston, Dirk; Treat, James R.; Rosenbach, Misha A.; Neuhaus, Isaac (2020). "18. Syphilis, Yaws, Bejel, and Pinta". Andrews' Diseases of the Skin: Clinical Dermatology (dalam bahasa Inggeris) (ed. 13th). Edinburgh: Elsevier. m/s. 347–361. ISBN 978-0-323-54753-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-30. Dicapai pada 2023-05-11.
  9. ^ Gilmour, Leeyan S.; Walls, Tony (15 March 2023). "Congenital Syphilis: a Review of Global Epidemiology". Clinical Microbiology Reviews: e0012622. doi:10.1128/cmr.00126-22. ISSN 1098-6618. PMID 36920205 Check |pmid= value (bantuan). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2023. Dicapai pada 12 May 2023.
  10. ^ a b c d e "Congenital Syphilis - STI Treatment Guidelines". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 19 October 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2023. Dicapai pada 9 May 2023.
  11. ^ a b WHO guideline on syphilis screening and treatment for pregnant women. Geneva: World health Organization. 2017. ISBN 978-92-4-155009-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-30. Dicapai pada 2023-05-10.
  12. ^ Chastain, DB; Hutzley, VJ; Parekh, J; Alegro, JVG (9 August 2019). "Antimicrobial Desensitization: A Review of Published Protocols". Pharmacy (Basel, Switzerland). 7 (3). doi:10.3390/pharmacy7030112. PMID 31405062. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2022. Dicapai pada 10 May 2023.
  13. ^ Hussain, Syed A.; Vaidya, Ruben (2023). "Congenital Syphilis". StatPearls. StatPearls Publishing. PMID 30725772. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-12-10. Dicapai pada 2023-05-12.
  14. ^ "Congenital syphilis - Mother-to-child transmission of syphilis". www.who.int (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2023. Dicapai pada 9 May 2023.
  15. ^ Akhtar, F; Rehman, S (16 January 2018). "Prevention of Congenital Syphilis Through Antenatal Screenings in Lusaka, Zambia: A Systematic Review". Cureus. 10 (1): e2078. doi:10.7759/cureus.2078. PMID 29560291. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 March 2023. Dicapai pada 10 May 2023.
  16. ^ Nissanka-Jayasuriya, EH; Odell, EW; Phillips, C (September 2016). "Dental Stigmata of Congenital Syphilis: A Historic Review With Present Day Relevance". Head and neck pathology. 10 (3): 327–31. doi:10.1007/s12105-016-0703-z. PMID 26897633. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-02-10. Dicapai pada 2023-05-13.
  17. ^ Oriel, J. David (2012). "5. "The sins of the fathers": Congenital syphilis". The Scars of Venus: A History of Venereology (dalam bahasa Inggeris). London: Springer-Verlag. m/s. 69–70. ISBN 978-1-4471-2068-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-30. Dicapai pada 2023-05-10.