Sista Bartholin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sista Bartholin
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Sista saluran Bartholin[1]
Sista Bartholin pada sebelah kanan
PengkhususanGinekologi
GejalaBengkak pada sebelah faraj, biasanya tidak menyakitkan. Kadangkala tiada gejala[1]
KerumitanNanah[2]
Permulaan biasa
Umur mengandung[2]
PuncaTidak diketahui[1]
Melalui rupa bentuk[1]
Sista Sebaceous, hernia, hidradenitis suppurativa, follikulitis, kanser vulva[3][4]
RawatanPenempatan kateter Word, hirisan dan saliran, marsupialisasi, mandi duduk[3][5]
KekerapanKerap, 2% wanita[2]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sista Bartholin ialah benjolan lembut bukan kanser di bahagian tepi lubang faraj. [1] Ia terjadi apabila kelenjar Bartholin, didalam labia, tersumbat. [1] Walaupun sista kecil hanya menyebabkan simptom kecil, sista yang besar boleh menyebabkan bengkak pada bahagian tepi faraj, yang boleh menyebabkan kesakitan ketika melakukan hubungan seks atau berjalan. [5] Jika ia dijangkiti, nanah boleh berlaku, yang biasanya merah dan sangat menyakitkan. [2]

Punca sista Bartholin tidak diketahui. [5] Nanah berpunca daripada jangkitan bakteria, tetapi kebiasaanya ia bukan disebabkan jangkitan seksual (STI). [6] Pada kes yang jarang berlaku, gonorea mungkin terlibat. [5] [4] Diagnosis biasanya berdasarkan simptom yang dihadapi semasa pemeriksaan fizikal dijalankan. [5] Pada wanita yang berumur lebih dari 40 tahun, biopsi tisu adalah disyorkan untuk menolak kemungkinan kanser . [3] [5]

Sekiranya tiada gejala, tiada rawatan diperlukan. [2] [5] Walaupun begitu, apabila sista menjadi tidak selesa atau menyakitkan, saliran adalah disyorkan. [2] Kaedah yang kerap digunakana adalah dengan memasukan kateter Word selama empat minggu. [2] [3] Prosedur pembedahan yang dikenali sebagai marsupialisasi boleh digunakan atau, jika masalah berterusan, keseluruhan kelenjar boleh dikeluarkan. [2] Pembuangan adalah disyorkan bagi wanita berumur lebih dari 40 tahun untuk memastikan kanser tidak terjadi. [2] Antibiotik biasanya tidak diperlukan untuk merawat sista Bartholin. [2]

Sista Bartholin menjejaskan kira-kira 2% wanita pada hayat mereka. [2] Ia kerap berlaku semasa wanita dalam umur yang mampu untuk melahirkan anak. [2] Sista ini dinamakan sempena Caspar Bartholin yang menggambarkan kelenjar ini dengan tepat pada tahun 1677. [7] Mekanisme asas sista ditentukan pada tahun 1967 oleh pakar obstetrik abad ke-20 Samuel Buford Word. [8] [7] [9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f WHO Classification of Tumours Editorial Board, penyunting (2020). "10. Tumours of the vulva: Bartholin gland cyst". Female genital tumours: WHO Classification of Tumours. 4 (ed. 5th). Lyon (France): International Agency for Research on Cancer. m/s. 440. ISBN 978-92-832-4504-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-06-17. Dicapai pada 2022-09-02.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l Omole, Folashade; Simmons, Barbara J.; Hacker Yolanda (2003). "Management of Bartholin's duct cyst and gland abscess". American Family Physician. 68 (1): 135–40. PMID 12887119. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-18. Dicapai pada 2016-11-13.
  3. ^ a b c d Lee, MY; Dalpiaz, A; Schwamb, R; Miao, Y; Waltzer, W; Khan, A (May 2015). "Clinical Pathology of Bartholin's Glands: A Review of the Literature". Current Urology. 8 (1): 22–5. doi:10.1159/000365683. PMC 4483306. PMID 26195958.
  4. ^ a b Ferri, Fred (2017). Ferri's clinical advisor 2018 : 5 books in 1. Elsevier Canada. m/s. 175. ISBN 978-0323280495.
  5. ^ a b c d e f g "Bartholin Gland Cysts". Merck Manuals Professional Edition. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2015. Dicapai pada 12 September 2018.
  6. ^ Marx, John A. Marx (2014). "Skin and Soft Tissue Infections". Rosen's emergency medicine : concepts and clinical practice (ed. 8th). Philadelphia, PA: Elsevier/Saunders. m/s. Chapter 137. ISBN 1455706051.
  7. ^ a b Knaus, John V.; Isaacs, John H. (2012). Office Gynecology: Advanced Management Concepts (dalam bahasa Inggeris). Springer-Verlag. m/s. 266. ISBN 9781461243403. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-12. Dicapai pada 2018-09-12.
  8. ^ Baskett, Thomas F (2019). Mr. United Kingdom: Cambridge University Press. m/s. 455–457. ISBN 978-1108421706.
  9. ^ Williams Gynecology (ed. 2). McGraw Hill Professional. 2012. m/s. 1063. ISBN 9780071804653.