Sonia Sopianti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sonia Sopianti
Kelahiran
Sonia Sopianti

(1979-09-12) 12 September 1979 (umur 44)
Nama lainSonia
Pekerjaan
Tahun aktif1997–kini
Rakan kongsi domestikIwan Panji Prabowo
Kerjaya muzik
Genre
Syarikat rakaman

Sonia Sopianti atau lebih dikenali sebagai Sonia adalah seorang penyanyi dan pelakon Indonesia. Beliau memulakan debut pertamanya pada tahun 1997 dan album studio pertama beliau "Miliki Aku" diedarkan pada tahun 1998.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sonia adalah penyanyi slow rock Melayu asli Indonesia asal kota Tasikmalaya, Jawa Barat. Beliau memulakan karier pada tahun 1997 dengan album pertama yang berjudul "Miliki Aku" yang diedarkan pada tahun 1998 terus menaikkan namanya di persada muzik tanah air Indonesia dan Malaysia. Album tersebut memiliki hits lagu seperti "Luruh Cintaku" dan "Miliki Aku Selamanya". Banyak orang yang menyangka bahawa Sonia adalah penyanyi yang berasal dari Malaysia, kerana dari lirik dan suara dalam menyanyikan lagu hingga video klipnya, tak ada yang menyangka jika Sonia adalah penyanyi asli Indonesia. Hal ini terungkap dari wawancara dalam suatu program muzik di sebuah stesen TV Indonesia. Disitu Sonia menjelaskan bahawa penampilannya secara keseluruhan yang mirip dengan penyanyi Malaysia kerana ia ingin namanya dikenali di Indonesia dan Malaysia.

Puncak populariti karier didapatkan Sonia pada albumnya yang kedua "Kau Sebut Namaku" yang diluncurkan pada tahun 2000 dengan hits "Kau Sebut Namaku" dan juga "Cinta Putih". Karier Sonia bersinar sepanjang tahun 1997 hingga 2002, setelah tahun-tahun keemasan tersebut, praktis nama Sonia meredup dan hampir tak pernah terdengar lagi lagu-lagunya di radio maupun televisi nasional. Berikut ini adalah diskografi album sonia sejak ia memulai kariernya hingga albumnya yang terakhir "Cinta Seorang Biduan" (2005) dimana di album ini Sonia menggandeng Faisal "Asahan.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • The Best of Sonia (2004)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]