Sultan Dziaddin Mukarram Shah
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I adalah Sultan Kedah ke-15. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhiyuddin Mansur Shah dan Wan Sara binti Dato' Sri Paduka Maha Mantri
Pada 4 Januari 1662, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-15 dan bersemayam di Kota Sena
Pada 18 Februari 1663, baginda bermuafakat bersama Jemaah menteri untuk membangunkan sebuah kota di Wai yang bernama Kota Indera Kayangan
Pada 30 Ogos 1664, baginda bersama kaum kerabat dan Jemaah menteri telah berhijrah ke Kota Indera Kayangan untuk bersemayam di sana
Baginda menyerahkan Kota Sena kepada Dato’ Biram Pahlawan dan Panglima Jugar Alam untuk menjagakannya
Baginda juga memerintahkan Dato’ Seri Maharaja Putra Dewa untuk membangunkan sebuah kota yang bernama Kota Bukit Pinang
Baginda bermuafakat dengan Jemaah menteri untuk mengorek suatu sungai dari Kayang tembus ke Sungai Besar di Kampung Cik Madi untuk kegunaan bendang
Baginda bersama Raja Muda dan Raja Bendahara berkenan untuk mengangkat Tengku Sulaiman sebagai Raja Temenggung
Tahun 1678, Raja Bendahara Muhammad Akib telah mangkat di Kota Rentang dan dimakamkan di Langgar Kota Naga
Tidak lama selepas itu, Raja Muda Pengiran pula mangkat di Kota Naga dan dimakamkan di Langgar Kota Naga
Raja Temenggung Sulaiman telah mengadap baginda untuk memohon limpah perkenan bagi membina sebuah kota di Kubang Pasu yang bernama Kota Giam
Maka, Raja Temenggung Sulaiman dan kaum kerabatnya berhijrah dari Kota Rentang ke Kota Giam untuk bersemayam di sana
Raja Temenggung menyerahkan Kota Rentang kepada Dato’ Pahlawan Angkasa untuk menjagakannya
Baginda bersama Jemaah menteri telah bermuafakat untuk memasyhurkan Tengku ‘Atha’allah sebagai Bakalan Sultan
Namun, pemasyhuran itu tidak disukai cucunda baginda iaitu Tengku Ngah Putera dan membawa diri ke negeri Bugis
Ketika di negeri Bugis, Tengku Ngah Putera telah memohon ketenteraan dari Raja Bugis untuk melanggar Kedah
Raja Bugis telah melantik Raja Taguk Kurnam untuk mengetuai pasukan ketenteraan itu berdasarkan rekod cemerlangnya dalam setiap peperangan
Hasrat Tengku Ngah Putera untuk melanggar Kedah itu tiba di telinga Raja Laksamana lalu disampaikan kepada baginda
Pada 19 Februari 1687, Tengku Ngah Putera bersama pasukan tentera Bugis telah memasuki Sungai Merbuk dan melakukan pemberontakan
Setelah 40 hari, angkatan Bugis dapat ditewaskan setelah Raja Taguk Kurnam mati di Sungai Merbuk Kecil manakala Tengku Ngah Putera lari ke Jeram, Selangor
Pada 2 Mei 1688, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Indera Kayangan
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Mohamad Isa Othman (1990). Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Dewan Bhasa dan Pustaka. ISBN 9836215832.
Penyandang Terdahulu | Sultan Kedah 1661 – 1688 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Muhyiddin | Sultan Ataullah II |