Sun Chee Kong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sun Chee Kong
Kelahiran
Sun Chee Kong

k.k. 1962 (umur 61–62)
WarganegaraMalaysia
PendidikanSarjana Muda dalam Sains Komputer daripada Universiti Louisana, Amerika Syarikat
PekerjaanPengarah Urusan
MajikanCBS Technology Berhad

Sun Chee Kong (lahir k.k. 1962) ialah pengasas serta Pengarah Urusan CBS Technology Berhad. Diasaskan pada tahun 2001, kumpulan syarikatnya itu mengembangkan penyelesaian e-keselamatan dan pengenalan frekuensi radio (RFID), serta juga melaksanakan Penyelesaian Daya Pengeluaran Perusahaan.

Pada 1987, selepas memperoleh ijazahnya dalam bidang sains komputer daripada University of Louisiana, Amerika Syarikat, Sun memulakan kerjayanya di syarikat IBM Malaysia. Kemudian pada 1996, beliau meninggalkan IBM Malaysia untuk mengasaskan Cyber Business Solutions Sdn Bhd, dengan tumpuan utama untuk membekalkan projek Pembangunan Penyelesaian Perusahaan yang khusus. Pada tahun 2000, Sun memperbadankan NetGen Sdn Bhd untuk menjalankan kegiatan penyelidikan dan pembangunan bagi keluaran-keluaran berpotensi dalam e-keselamatan dan RFID untuk kumpulan syarikatnya.

Pada 2004, Cyber Business Solutions tersenarai dalam Pasaran MESDAQ oleh Bursa Malaysia Securities Berhad. Menurut Laporan Tahunan CBS 2006, Sun memiliki 31,819,530 saham biasa secara langsung dan 9,112,030 saham secara tidak langsung, dengan nilai tara sebanyak RM0.10 setiap saham. Isterinya, Tan Chong Chew @ Tan Ying Ying, ialah Pengarah Eksekutif serta Pengarah Pemasaran yang merupakan salah satu pemegang saham yang utama di dalam syarikat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]