Sungai Kelau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Kelau
سوڠاي كلاو
Sungai Klau, Sg. Kelau
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
Negara Malaysia
Negeri Pahang
DaerahDaerah Raub
Daerah Bentong
MukimMukim Gali
Mukim Sabai
Ciri-ciri fizikal
SumberSungai Klau Kecil
 • lokasiKawasan perhutanan dan berbukit tanpa nama di Mukim Gali
 • ketinggian128.8 m (423 ka)
Sumber keduaTasik Empangan Kelau
 • lokasiKawasan bertasik di Mukim Gali
MuaraDi antara Sungai Semantan dan Sungai Bentung 
 • lokasi
Kawasan penempatan dan kuala antara Sungai Semantan dan Sungai Bentung di Mukim Sabai
 • koordinat
3°28′15″N 102°04′57″E / 3.4708°N 102.0825°E / 3.4708; 102.0825Koordinat: 3°28′15″N 102°04′57″E / 3.4708°N 102.0825°E / 3.4708; 102.0825
Panjang54.5 km (33.9 bt)
Lebar 
 • minimum121 m (397 ka)

Sungai Kelau (Jawi: سوڠاي كلاو; ataupun dikenali juga sebagai Sungai Klau) merupakan sebatang sungai yang terletak di Daerah Raub dan Daerah Bentong iaitu di negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 60 km (37 bt) ke arah barat di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai Kelau ini juga merupakan anak sungai kepada Sungai Semantan dan Sungai Bentung dalam lembangan Sungai Pahang. [1]

Di pertengahan laluan sungai ini, ia mempunyai salah satu empangan bernama Empangan Kelau yang bermula 2006 dan telah siap 2010.

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Kelau ini berpunca dari Sungai Klau Kecil dan hulu sungai tersebut dari kawasan perhutanan primer di bukit tanpa nama. Punca bagi Sungai Kelau juga di selatan bagi Kampung Sungai Kelau. Laluan sungai ini akan melalui di bawah jambatan Jalan Negeri Pahang C149. Punca seterusnya bagi Sungai Kelau ini juga di timur laut bagi FELDA Lembah Klau dan akan terus ke Empangan Kelau sebagai salah satu punca bagi sungai ini. Laluan sungai ini juga akan melalui di bawah jambatan Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak. Punca akhir Sungai Kelau di tenggara bagi Kampung Orang Asli Ulu Pareh, Kampung Pareh dan FELDA Kampung Sertik. Sungai ini akan bercantum bersama Sungai Semantan dan Sungai Bentung sebagai penamat bagi Sungai Kelau. [2]

Sungai Kelau mengalir sepanjang 54.5 km (33.9 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sungai Kelau, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 13 Julai 2023.
  2. ^ Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang (29 Ogos 1996). "Warta Rezab Sungai Negeri Pahang". jps.pahang.gov.my. Dicapai pada 13 Julai 2023.