Super Dragon (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SUPER★DRAGON
Juga dikenali sebagai
Super Dragon
スーパードラゴン
スパドラ
Berasal dari Jepun
GenreTarian, rap, rock, dubstep, J-pop
Penampilan sulung
melalui karya single "Pendulum Beat!"
Tahun aktif2015 – kini
Syarikat pengurusan
Stardust Promotion
Syarikat rakaman
SDR
Pengkarya berkait
Ebidan
Laman sesawang
super-dragon.jp
Ahli
  • Reo
  • Tsuyoshi
  • Jean
  • Hayate
  • Sougo
  • Koki
  • Hyoma
  • Tomoya
  • Raku

Super Dragon (digayakan sebagai SUPER★DRAGON) adalah sebuah kumpulan muzik dari Jepun yang dibentuk dan diuruskan oleh syarikat Stardust Promotion. Terdiri daripada sembilan orang ahli, kumpulan ini pernah muncul melalui kumpulan bakat seniman lelaki Ebidan dan penampilan sulung mereka adalah menerusi single "Pendulum Beat!" (Rentak Bandul).[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pembentukan kumpulan muzik yang terdiri daripada sembilan ahli berumur 11 hingga 16 tahun ini mula diperkenalkan kepada awam pada 27 September 2015 ketika 'Pesta Hoshio EBiDAN39 & KIDS' (EBiDAN 39&KiDS 星男祭 2015) yang merupakan acara bagi kumpulan Ebidan. Dalam pesta itu, mereka menampilkan tarian "Wild Beat" dan "Hack My Choice".

Konsep yang dibawa oleh Super Dragon menggabungkan vokal, tarian, rap dan 'alat rentak muzik manusia' (human beatbox) dengan gaya muzik dubstep dan rock.[2][3] Konsep tersebut kelihatan hampir sama dengan konsep kumpulan muzik yang sama syarikat dengan mereka, Bullet Train.

Pada 16 November 2016, single pertama Super Dragon iaitu "Pendulum Beat!" telah dilancarkan oleh Stardust Promotion yang turut menjadi penampilan pertama untuk kumpulan muzik ini. Beberapa jelajah di seluruh Jepun turut diadakan bagi mempromosikan single tersebut.[1]

Ahli[sunting | sunting sumber]

Nama Pengenalan ringkas
Pentas Penuh
Reo
(玲於)
Reo Shimura
(志村玲於しむら れお)
  • Tarikh lahir: (1999-01-29) 29 Januari 1999 (umur 25)
  • Asal: Bandaraya Tokyo
  • Peranan: Tarian
  • Unit: Naga api
Tsuyoshi
(毅)
Tsuyoshi Furukawa
(古川毅ふるかわ つよし)
  • Tarikh lahir : (2000-02-27) 27 Februari 2000 (umur 24)
  • Asal: Bandaraya Tokyo
  • Peranan: Vokal, rap, tarian
  • Unit: Naga api
Jean
(ジャン)
Kaito Jean
(ジャン海渡ジャン かいと)
  • Tarikh lahir : (2000-05-04) 4 Mei 2000 (umur 24)
  • Asal: Bandaraya Tokyo
  • Peranan: Rap, tarian, "alat rentak muzik manusia"
  • Unit: Naga api
Hayate
(颯)
Hayate Iijima
(飯島颯いいじま はやて)
  • Tarikh lahir : (2001-10-12) 12 Oktober 2001 (umur 22)
  • Asal: Bandaraya Tokyo
  • Peranan: Tarian
  • Unit: Naga api
Sougo
(壮吾)
Sougo Ito
(伊藤壮吾いとう そうご)
  • Tarikh lahir : (2003-02-17) 17 Februari 2003 (umur 21)
  • Asal: Wilayah Chiba
  • Peranan: Tarian
  • Unit: Naga petir
Koki
(洸希)
Koki Tanaka
(田中洸希たなか こうき)
  • Tarikh lahir : (2003-02-27) 27 Februari 2003 (umur 21)
  • Asal: Bandaraya Tokyo
  • Peranan: Vokal, rap, tarian, "alat rentak muzik manusia"
  • Unit: Naga petir
Hyoma
(彪馬)
Hyoma Ikeda
(池田彪馬いけだ ひょうま)
  • Tarikh lahir : (2003-06-02) 2 Jun 2003 (umur 20)
  • Asal: Hokkaidō
  • Peranan: Vokal, tarian
  • Unit: Naga petir
Tomoya
(和哉)
Tomoya Matsumura
(松村和哉まつむら ともや)
  • Tarikh lahir : (2004-04-15) 15 April 2004 (umur 20)
  • Asal: Wilayah Nagano
  • Peranan: Rap, tarian, "alat muzik rentak manusia"
  • Unit: Naga petir
Raku
(楽)
Raku Shibazaki
(柴崎楽しばざき らく)
  • Tarikh lahir : (2004-04-28) 28 April 2004 (umur 20)
  • Asal: Wilayah Chiba
  • Peranan: Tarian
  • Unit: Naga petir

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Setakat ini, Super Dragon telah melancarkan tiga buah single dan sebuah album penuh.[4]

Album penuh
Single
  • 2016: "Pendulum Beat!"
  • 2017: "Wacha-Gacha!"
  • 2018: “Monster!”
  • 2018: “Sweet Devil”

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "SUPER★DRAGON デビューシングル『Pendulum Beat!』11月16日(水)リリース&リリースツアー開催決定!!" (dalam bahasa Jepun). Stardust Promotion. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  2. ^ "SUPER★DRAGON" (dalam bahasa Jepun). STARDUST RECORDS スターダストレコーズ SDR.
  3. ^ "SUPER★DRAGON「BAD BOY」インタビュー (3/3) - 音楽ナタリー Power Push" (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 18 November 2016.
  4. ^ "DISCOGRAPHY" (dalam bahasa Jepun). Stardust Promotion. Dicapai pada 1 Disember 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]