Tempoh Bosan Bilion Tahun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tempoh Bosan Bilion Tahun juga dikenali sebagai Tempoh Pertengahan Eon Proterozoik dan Zaman Pertengahan Bumi merupakan suatu tempoh masa antara 1.8 dan 0.8 bilion tahun dahulu (Ga) yang merangkumi julat waktu pada pertengahan eon Proterozoik. Tempoh masa ini bercirikan kestabilan tektonik, kepegunan dari segi perubahn iklim, dan evolusi biologi yang perlahan. Tempoh masa ini bersempadan dengan peristiwa pengoksigenan dan peristiwa pengglasieran yang berbeza, tetapi Tempoh Bosan Bilion Tahun itu sendiri mempunyai tahap oksigen yang sangat rendah dan tiada bukti berlakunya pengglasieran.

Lautan pada ketika itu mungkin amat kekurangan oksigen dan nutrien serta bersulfida (euksinia), malahan dihuni oleh utamanya bakteria-bakteria ungu beranoksigen. Bakteria tersebut merupakan sejenis bakteria berfotosintesis berasaskan klorofil yang menggunakan hidrogen sulfida (H2S) berbanding menggunakan air dan menghasilkan gas sulfur berbanding menghasilkan gas oksigen. Proses tersebut menyebabkan pembentukan lautan Canfield yang merubah warnanya menjadi firus kehitaman atau kekelabuan berbanding warna lautan yang biasa kita lihat hari ini iaitu biru atau hijau. (Sebaliknya, semasa fasa Bumi Ungu yang lebih awal fotosintesis bakteria pada ketika itu adalah berasaskan retinaldehid.)

Walaupun keadaan persekitaran Bumi pada ketika itu agak buruk, organisma eukariot mungkin telah berevolusi sekitar permulaan Tempoh Bosan Bilion Tahun serta mengadaptasi terhadap beberapa penyesuaian baharu seperti penambahan pelbagai organel, pemultiselan, mungkin juga pengwujudan pembiakan seksual, dan akhir sekali pempelbagaian spesies menjadi tumbuhan, haiwan dan kulat pada akhir tempoh tersebut.[1] Perkembangan sedemikian mungkin menjadi pelopor penting kepada evolusi kehidupan yang besar dan kompleks kemudian pada tempoh Ediakara dan eon Fanerozoik. Tidak kurang juga dengan sianobakteria berprokariot adalah bentuk kehidupan yang dominan pada masa ini, dan berkemungkinan menyokong siratan makanan yang rendah tenaga dengan hanya sebilangan kecil organisma protista sahaja berada pada tahap pemangsa puncak. Daratan di Bumi pada ketika itu berkemungkinan didiami oleh sianobakteria berprokariot serta kulampair bereukariot. Di antara dua organisma yang menghuni daratan Bumi, organisma yang kedua itu lebih berjaya mungkin disebabkan oleh ketersediaan nutrien yang lebih besar berbanding di kawasan perairan lautan melepasi pantai.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1995, ahli geologi Roger Buick, Davis Des Marais dan Andrew Knoll mengkaji kekurangan jelas dari segi peristiwa-peristiwa biologi, geologi, dan iklim semasa era Mesoproterozoik pada lingkungan masa 1.6 sehingga 1 bilion tahun dahulu (Ga), maka disebabkan itulah mereka menggambarkan tempoh masa tersebut sebagai "tempoh masa yang paling membosankan dalam sejarah Bumi".[2] Istilah "Boring Billion" dicipta oleh ahli paleontologi Martin Brasier untuk merujuk kepada masa antara kira-kira 2 dan 1 Ga yang bercirikan ketidakaktifan geokimia dan ketidakaktifan pengglasieran.[3] Pada tahun 2013, ahli geokimia Grant Young menggunakan istilah "Billion Barren" untuk merujuk kepada tempoh ketidakaktifan peristiwa pengglasieran yang jelas dan kekurangan ekskursi isotop karbon sewaktu tempoh masa 1.8 hingga 0.8 Ga.[4] Pada tahun 2014, ahli geologi Peter Cawood dan Chris Hawkesworth memanggil masa antara 1.7 dan 0.75 Ga "Zaman Pertengahan Bumi" kerana kekurangan bukti pergerakan tektonik.[5]

Tempoh Bosan Bilion Tahun kini sebahagian besarnya ditakrifkan sebagai jangkauan masa kira-kira 1.8 hingga 0.8 Ga pada eon Proterozoik atau secara khususnya pada era Mesoproterozoik. Tempoh ini bercirikan kepegunan aktiviti dari segi geologi, iklim, dan evolusi dengan kelimpahan nutrien yang rendah.[6][4][7][8]

Sebelum berlakunya Tempoh Bosan Bilion Tahun, Bumi mengalami Peristiwa Pengoksigenan Besar yang disebabkan oleh evolusi sianobakteria berfotosintesis oksigen sehingga terhasilnya pengglasieran Huron (Bumi Bola Salji), pembentukan lapisan ozon yang menyekat UV, dan pengoksidaan beberapa jenis logam.[9] Tahap oksigen semasa Tempoh Bosan Bilion Tahun dianggap lebih rendah berbanding semasa Peristiwa Pengoksidaan Besar, mungkin 0.1% hingga 10% berbanding tahap moden.[9][10] Tempoh masa ini berakhir dengan pecahnya superbenua Rodinia semasa tempoh Tonos (1000–720 Ma) yang merupakan peristiwa pengoksigenan kedua, serta satu lagi peristiwa Bumi Bola Salji dalam tempoh Kriogen.[5][11]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mukherjee, I.; Large, R. R.; Corkrey, R.; Danyushevsky, L. V. (2018). "The Boring Billion, a slingshot for Complex Life on Earth". Scientific Reports. 8 (4432): 4432. Bibcode:2018NatSR...8.4432M. doi:10.1038/s41598-018-22695-x. PMC 5849639. PMID 29535324.
  2. ^ Buick, R.; Des Marais, D. J.; Knoll, A. H. (1995). "Stable isotopic compositions of carbonates from the Mesoproterozoic Bangemall group, northwestern Australia". Chemical Geology. 123 (1–4): 153–171. Bibcode:1995ChGeo.123..153B. doi:10.1016/0009-2541(95)00049-R. PMID 11540130.
  3. ^ Brasier, M. (2012). Secret Chambers: The Inside Story of Cells and Complex Life. Oxford University Press. m/s. 211. ISBN 978-0-19-964400-1.
  4. ^ a b Young, Grant M. (2013). "Precambrian supercontinents, glaciations, atmospheric oxygenation, metazoan evolution and an impact that may have changed the second half of Earth history". Geoscience Frontiers. 4 (3): 247–261. Bibcode:2013GeoFr...4..247Y. doi:10.1016/j.gsf.2012.07.003. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":4" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ a b Cawood, Peter A.; Hawkesworth, Chris J. (2014-06-01). "Earth's middle age". Geology (dalam bahasa Inggeris). 42 (6): 503–506. Bibcode:2014Geo....42..503C. doi:10.1130/G35402.1. ISSN 0091-7613. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ Roberts, N. M. W. (2013). "The boring billion? – Lid tectonics, continental growth and environmental change associated with the Columbia supercontinent". Geoscience Frontiers. Thematic Section: Antarctica – A window to the far off land. 4 (6): 681–691. Bibcode:2013GeoFr...4..681R. doi:10.1016/j.gsf.2013.05.004.
  7. ^ Holland, Heinrich D. (2006-06-29). "The oxygenation of the atmosphere and oceans". Philosophical Transactions of the Royal Society of London B: Biological Sciences (dalam bahasa Inggeris). 361 (1470): 903–915. doi:10.1098/rstb.2006.1838. ISSN 0962-8436. PMC 1578726. PMID 16754606.
  8. ^ Peng, L.; Yonggang, L.; Yongyun, H.; Yun, Y.; Pisarevsky, S. A. (2019). "Warm Climate in the "Boring Billion" Era". Acta Geologica Sinica. 93 (S3): 40–43. Bibcode:2019AcGlS..93R..40L. doi:10.1111/1755-6724.14239.
  9. ^ a b Lenton, T.; Watson, A. (2011). "The not-so-boring billion". Revolutions that made the Earth. m/s. 242–261. doi:10.1093/acprof:oso/9780199587049.003.0013. ISBN 978-0-19-958704-9.
  10. ^ Planavsky, Noah J.; Cole, Devon B.; Isson, Terry T.; Reinhard, Christopher T.; Crockford, Peter W.; Sheldon, Nathan D.; Lyons, Timothy W. (2018-08-09). "A case for low atmospheric oxygen levels during Earth's middle history". Emerging Topics in Life Sciences. 2 (2): 149–159. doi:10.1042/etls20170161. ISSN 2397-8554. PMID 32412619.
  11. ^ Brooke, J. L. (2014). Climate Change and the Course of Global History: A Rough Journey. Cambridge University Press. m/s. 40–42. ISBN 978-0-521-87164-8.