Tenrecidae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tenrecidae
Julat zaman: Bartonia–kini
[1]
Tandak togel (Tenrec ecaudatus)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Afrosoricida
Suborder: Tenrecomorpha
Keluarga: Tenrecidae
Gray, 1821
Genus jenis
Tenrec
Subkeluarga
Hitam: Tenrecinae ; Biru: Tenrecinae dan Oryzorictinae ; Merah: Geogalinae dan Tenrecinae ; Ungu: Geogalinae , Oryzorictinae dan Tenrecinae

Tenrecidae ialah keluarga afroteria yang endemik dari Madagaskar,[2] merangkumi mana-mana spesies mamalia yang disebut sebagai tenrec, atau setara dengan tandak. Tandak ialah kumpulan yang sangat rencam; kesan daripada evolusi keseirasan,[3] beberapanya menyerupai landak susu, cencurut, oposum, tikus dan mencit. Mereka tinggal di persekitaran akuatik, arboreal, daratan dan fosorial.

Semua spesies tandak dipercayai berasal daripada suatu haiwan leluhur sama yang hidup 29–37 juta tahun yang lalu[4][5][6] selepas dibawa terhanyut dari benua Afrika.[7][8]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan tenrec dipinjam, melalui bahasa Perancis,[9] daripada perkataan Malagasi tandraka (kelainan bagi trandraka[10]), yang merujuk kepada tandak togel (Tenrec ecaudatus); dapat dikatakan yang perkataan Malagasi ini berkait dengan perkataan Melayu: landak.[11]

Perkataan tandraka atau trandraka pula setara dengan perkataan tandak atau terandak dalam bahasa Melayu (bandingkan dengan tandruka yang secara fonologinya setara dengan perkataan tanduk[12]).

Ciri sepunya[sunting | sunting sumber]

Spesies tandak yang terkecil berukuran panjang badan sekitar 4.5 cm dengan berat 5 gram, manakala spesies tandak togel yang terbesar berukuran antara 25 hingga 39 sm dengan berat timbangan melebihi 1 kilogram.[13]

Tandak-tandak sekeluarga ini mempunyai bukaan peranakan dan tinjaan yang tergabung lebih mirip yang ada pada burung, reptilia dan amfibia berbanding mamalia berplasenta. Tandak juga mampu mengawal suhu badan secukup rendah sehingga tidak memerlukan kantung khas untuk menyejukkan sperma seperti yang lazim pada kebanyakan mamalia lain.[14][15]

Spesies[sunting | sunting sumber]

Keluarga Tenrecidae mempunyai tiga subkeluarga merangkumi lapan genus dan 31 spesies yang masih ada iaitu:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pickford, Martin (2015). "Late Eocene Potamogalidae and Tenrecidae (Mammalia) from the Sperrgebiet, Namibia" (PDF). Communications of the Geological Survey of Namibia. 16: 114–152.
  2. ^ Olson, Link E. (2013). "Tenrecs". Current Biology. 23 (1): R5–R8. doi:10.1016/j.cub.2012.11.015. PMID 23305671.
  3. ^ Olson, Link E. (2013). "Tenrecs". Current Biology. 23 (1): R5–R8. doi:10.1016/j.cub.2012.11.015. PMID 23305671.
  4. ^ a b c Everson, K. M.; Soarimalala, V.; Goodman, S. M.; Olson, L. E. (2016). "Multiple Loci and Complete Taxonomic Sampling Resolve the Phylogeny and Biogeographic History of Tenrecs (Mammalia: Tenrecidae) and Reveal Higher Speciation Rates in Madagascar's Humid Forests". Systematic Biology. 65 (5): 890–909. doi:10.1093/sysbio/syw034. PMID 27103169. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Everson2016" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ Douady, C. J.; Catzeflis, F.; Kao, D. J.; Springer, M. S.; Stanhope, M. J. (2002). "Molecular Evidence for the Monophyly of Tenrecidae (Mammalia) and the Timing of the Colonization of Madagascar by Malagasy Tenrecs". Molecular Phylogenetics and Evolution. 22 (3): 357–363. doi:10.1006/mpev.2001.1055. PMID 11884160.
  6. ^ Poux, C.; Madsen, O.; Glos, J.; de Jong, W. W.; Vences, M. (2008). "Molecular phylogeny and divergence times of Malagasy tenrecs: Influence of data partitioning and taxon sampling on dating analyses". BMC Evolutionary Biology. 8 (1): 102. doi:10.1186/1471-2148-8-102. PMC 2330147. PMID 18377639.
  7. ^ Kinver, M. (2010-01-20). "Mammals 'floated to Madagascar'". BBC News web site. BBC. Dicapai pada 2010-01-20.
  8. ^ Ali, J. R.; Huber, M. (2010-01-20). "Mammalian biodiversity on Madagascar controlled by ocean currents". Nature. 463 (4 Feb. 2010): 653–656. Bibcode:2010Natur.463..653A. doi:10.1038/nature08706. PMID 20090678.
  9. ^ "tenrec". Merriam-Webster Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Merriam-Webster. 2021. Dicapai pada 4 December 2021.
  10. ^ "Rakibolana malagasy sy Rakipahalalana momba an' i Madagasikara : trandraka". mg.mondemalgache.org. Dicapai pada 2022-06-12.
  11. ^ Blench, Roger; Walsh, Martin (2011), "Faunal names in Malagasy: their etymologies and implications for the prehistory of the East African coast", 11th International Conference on Austronesian Linguistics, Aussois, France, CiteSeerX 10.1.1.467.8453
  12. ^ Tanduk. Austronesian Comparative Dictionary.
  13. ^ Nicholl, Martin (1984). Macdonald, D. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File. m/s. 744–747. ISBN 978-0-87196-871-5.
  14. ^ Nicholl, Martin (1984). Macdonald, D. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File. m/s. 744–747. ISBN 978-0-87196-871-5.
  15. ^ "The Evolutionary Origin of Descending Testicles" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-10.