Pergi ke kandungan

Tenshu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tenshu di Istana kota Matsue

Tenshu (天守, 殿主, 殿守, juga dipanggil tenshukaku, 天守閣) ialah menara tengah atau menara utama istana kota Jepun. Ia adalah ciri-ciri paling jelas kelihatan bagi sesebuah istana kota Jepun. Walaupun istana-istana kota terdahulu biasanya mempunyai struktur bersifat pertahanan bagi kediaman atau pentadbiran, tenshu yang berbeza dari segi senibina pertama kali dibina semasa akhir zaman Sengoku, atau zaman Azuchi-Momoyama (1573 - 1603). Istana kota Azuchi, yang dibina antara 1576 dan 1579 oleh Oda Nobunaga, adalah istana kota Jepun yang pertama mempunyai tenshu.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hinago, Motoo (1986). Japanese Castles. Kodansha International Ltd. and Shibundo. m/s. 28. ISBN 0870117661.
  • The Compact Nelson Japanese-English Dictionary, Charles E. Tuttle Company, Tokyo 1999, ISBN 4-8053-0574-6
  • Kenkyusha's New Japanese-English Dictionary, Kenkyusha Limited, Tokyo 1991, ISBN 4-7674-2015-6