Tiroiditis Hashimoto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tiroiditis Hashimoto
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Tiroiditis limfositik kronik, tiroiditis autoimun, struma limfomatosa, penyakit Hashimoto
Keadaan tiroid pesakit Tiroiditis Hashimoto dilihat dibawah mikroskop
PengkhususanEndokrinologi
GejalaTidak menyakitkan goiter, pertambahan berat badan, rasa letih, sembelit, kemurungan[1]
KerumitanTiroid lifoma.[2]
Permulaan biasa
30–50 tahun[1][3]
PuncaGenetik dan faktor persekitaran.[4]
Sejarah keluarga, penyakit autoimun[1]
TSH, T4, [autoantibodi anti-tiroid]][1]
Graves' disease, nontoxic nodular goiter[5]
RawatanLevothyroxine, pembedahan[1][5]
Kekerapan5% [4]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tiroiditis Hashimoto, juga dikenali sebagai tiroiditis limfositik kronik dan penyakit Hashimoto, ialah penyakit autoimun di mana kelenjar tiroid mengalami kerosakan secara beransur-ansur. [1] [6] Tiada gejala yang mungkin dilihat pada peringkat awal. [1] Tiroid akan mengalami tumbesaran secara perlahan lahan, membentuk goiter yang tidak menyakitkan. [1] Bergantung kepada pesakit, sesetengah pesakit mungkin mengalami hipotiroidisme dengan penambahan berat badan, rasa letih, sembelit, kemurungan, dan sakit umum. [1] Selepas bertahun-tahun, saiz tiroid biasanya mengecut. [1] Komplikasi yang berpotensi termasuk limfoma tiroid . [2]

Tiroiditis Hashimoto dianggap sebagai sebuah penyakit yang merupakan gabungan daripada masalah genetik dan persekitaran . [4] Faktor yang meningkatan risiko termasuklah sejarah keluarga dan pesakit mengidap penyakit autoimun yang lain. [1] Diagnosis disahkan dengan ujian darah untuk TSH, T4 dan autoantibodi anti-tiroid . [1] Simptom yang sama seperti penyakit ini boleh juga dilihat pada penyakit Graves dan goiter nodular bukan toksik . [5]

Tiroiditis Hashimoto kerap dirawat mengunakan levothyroxine.[1][7] Sekiranya masalah tiroid tidak dikesan, sesetengah doktor akan mengesyorkan tiada rawatan dibuat manakala sesetengah yang lain akan cuba untuk merawat saiz goiter yang membengkak.[8] Mereka yang dijangkiti perlu mengelakkan memakan makanan tinggi iodin; walau bagaimanapun, iodin diperlukan sekiranya pesakit sedang hamil. Pembedahan adalah sangat jarang didalam kes ini.[5]

Tiroiditis Hashimoto menjejaskan sehingga 5% orang Kaukasia sepanjang hidup mereka. [4] Ia biasanya dikesan diantara umur 30 hingga 50 tahun, dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki. [1] [3] Kadar jangkitan juga dilihat mengalami peningkatkan akhir akhir ini. [5] Ia pertama kali dijelaskan oleh pakar perubatan Jepun Hakaru Hashimoto pada tahun 1912. [9] Pada tahun 1957 ia diiktiraf sebagai gangguan autoimun. [10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n "Hashimoto's Disease". NIDDK. May 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2016. Dicapai pada 9 August 2016.
  2. ^ a b Noureldine, SI; Tufano, RP (January 2015). "Association of Hashimoto's thyroiditis and thyroid cancer". Current Opinion in Oncology. 27 (1): 21–5. doi:10.1097/cco.0000000000000150. PMID 25390557.
  3. ^ a b Hiromatsu, Y; Satoh, H; Amino, N (2013). "Hashimoto's thyroiditis: history and future outlook". Hormones (Athens, Greece). 12 (1): 12–8. doi:10.1007/BF03401282. PMID 23624127.
  4. ^ a b c d Pyzik, A; Grywalska, E; Matyjaszek-Matuszek, B; Roliński, J (2015). "Immune disorders in Hashimoto's thyroiditis: what do we know so far?". Journal of Immunology Research. 2015: 979167. doi:10.1155/2015/979167. PMC 4426893. PMID 26000316.
  5. ^ a b c d e Akamizu, T; Amino, N; DeGroot, LJ; De Groot, LJ; Beck-Peccoz, P; Chrousos, G; Dungan, K; Grossman, A; Hershman, JM; Koch, C; McLachlan, R; New, M; Rebar, R; Singer, F; Vinik, A; Weickert, MO (2000). "Hashimoto's Thyroiditis". PMID 25905412. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ "Hashimoto's disease". Office on Women’s Health, U.S. Department of Health and Human Services. 12 June 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2017. Dicapai pada 17 July 2017.
  7. ^ "Hashimoto Thyroiditis – Endocrine and Metabolic Disorders". Merck Manuals Professional Edition (dalam bahasa Inggeris). July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 December 2017. Dicapai pada 30 December 2017.
  8. ^ "Hashimoto Thyroiditis – Hormonal and Metabolic Disorders". Merck Manuals Consumer Version (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 December 2017. Dicapai pada 30 December 2017.
  9. ^ Shoenfeld, Yehuda; Cervera, Ricard; Gershwin, M. Eric (2010). Diagnostic Criteria in Autoimmune Diseases (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. m/s. 216. ISBN 9781603272858. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2020. Dicapai pada 29 August 2017.
  10. ^ Moore, Elaine A.; Wilkinson, Samantha (2009). The Promise of Low Dose Naltrexone Therapy: Potential Benefits in Cancer, Autoimmune, Neurological and Infectious Disorders. McFarland. m/s. 30. ISBN 9780786452583. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2020. Dicapai pada 29 August 2017.