Tripofobia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tripofobia
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Lubang-lubang pada permukaan buah biji teratai menimbulkan perasaan tidak selesa atau ketakutan pada sesetengah orang.[1][2]
PengkhususanPsikologi, psikiatri
GejalaPerasaan geli-geleman, ketakutan, keresahan atau rasa loya[3][4][5]
RawatanTerapi pendedahan[1]
KekerapanAgak umum[1][5]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tripofobia merupakan sejenis ketidakselesaan yang timbul apabila melihat gugusan atau corak padat yang melibatkan lubang atau benjolan kecil.[4] Antara gejala yang mungkin terlibat adalah termasuk perasaan geli-geleman, ketakutan atau keresahan.[3][4] Selain itu perasaan loya atau kegatalan turut dapat dirasai oleh mereka yang terlibat.[5][1]

Terdapat beberapa objek yang mencetus perasaan ini, seperti sarang lebah, buah biji teratai mahupun buih-buih padat yang terapung di atas permukaan kopi dalam cawan.[5][1][4] Walaupun perasaan ini tidak diiktiraf secara rasmi sebagai gangguan mental yang berasingan setakat tahun 2018, ia mungkin dapat didiagnosis sebagai fobia secara khusus jika perasaan ketakutan dan keresahan terhadap objek pencetus itu berlaku secara keterlaluan.[1][3] Terdapat hipotesis yang mengaitkan perasaan tripofobia ini dengan tindak balas pertahanan berevolusi yang keterlampauan menentang eksoparasit atau haiwan beracun.[4][5] Terapi pendedahan mungkin merupakan suatu rawatan yang boleh mengatasi perasaan ini.[1]

Kira-kira 16% orang menghasilkan tindak balas yang berlainan peringkat perasaan teruknya apabila melihat objek seperti pod biji teratai, dan golongan wanita lebih kerap terjejas berbanding golongan lelaki.[1][5] Istilah trypophobia dicipta oleh seorang peserta forum dalam talian pada tahun 2005, yang berasal daripada perkataan bahasa Yunani "trypo" yang bermaksud "lubang gerudi" dan "phobos" bermaksud "ketakutan".[5] Ia menjadi topik popular di media sosial pada lingkungan era 2000-an.[6] Kajian secara rasmi bermula sekitar tahun 2010 oleh ahli psikologi Geoff Cole dan Arnold Wilkins.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h Milosevic, Irena; McCabe, Randi E. (2015). Phobias: The Psychology of Irrational Fear. ABC-CLIO. m/s. 401–402. ISBN 978-1610695763. Diarkibkan daripada yang asal pada June 29, 2020. Dicapai pada October 25, 2017.
  2. ^ Schacter, Daniel; Gilbert, Daniel; Wegner, Daniel; Hood, Bruce (2015). Psychology: Second European Edition. Palgrave Macmillan. m/s. 1391. ISBN 978-1137406750. Diarkibkan daripada yang asal pada October 14, 2018. Dicapai pada October 25, 2017.
  3. ^ a b c Martínez-Aguayo, Juan Carlos; Lanfranco, Renzo C.; Arancibia, Marcelo; Sepúlveda, Elisa; Madrid, Eva (2018). "Trypophobia: What Do We Know So Far? A Case Report and Comprehensive Review of the Literature". Frontiers in Psychiatry. 9: 15. doi:10.3389/fpsyt.2018.00015. ISSN 1664-0640. PMC 5811467. PMID 29479321.
  4. ^ a b c d e Kupfer, T. R.; Fessler, D. M. T. (19 July 2018). "Ectoparasite defence in humans: relationships to pathogen avoidance and clinical implications". Philosophical Transactions of the Royal Society of London. Series B, Biological Sciences. 373 (1751): 20170207. doi:10.1098/rstb.2017.0207. PMC 6000138. PMID 29866920.
  5. ^ a b c d e f g h Skaggs, William (1 March 2014). "Are You Afraid of Holes?". Scientific American. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2020. Dicapai pada 18 August 2022.
  6. ^ Abbasi, Jennifer (July 25, 2011). "Is Trypophobia a Real Phobia?". Popular Science. Diarkibkan daripada yang asal pada April 7, 2016. Dicapai pada October 2, 2012.