Tugu Dewa Muruggan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tugu Dewa Muruggan di pintu masuk Batu Caves

Tugu Dewa Muruggan[1] (Tamil : முருகன் சிலை ;Inggeris : Lord Murugan Statue) adalah patung dewa Hindu yang tertinggi di Malaysia. [2][3] dan patung dewa Hindu kedua tertinggi di dunia selepas Kailashnath Mahadev Statue yang terletak di Nepal. Ia juga patung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 42.7 meter. Pembinaannya mengambil masa 3 tahun dan ia dilancarkan semasa perayaan Thaipusam, Januari 2006.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • 2.5 Juta Ringgit Malaysia telah dibelanjakan untuk membina arca ini
  • 250 tan keluli, 1.550 meter padu konkrit, dan 300 liter cat emas telah digunakan untuk membina patung ini
  • 15 pengukir dari India mengukir arca ini.
  • 100,000 etnik India Hindu menghadiri semasa majlis perasmian

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Tugu ini dijadikan sebagai mercu tanda dalam filem India apabila menujukkan Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]