Vivica A. Fox

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vivica A. Fox
Fox pada 2015
Kelahiran
Vivica Anjanetta Fox

(1964-07-30) 30 Julai 1964 (umur 59)
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1988–sekarang
PasanganChristopher Harvest (k. 1998–2002)
Laman web rasmiwww.vivicafox.com

Vivica Anjanetta Fox (lahir 30 Julai 1964) ialah seorang pelakon, penerbit dan pengacara televisyen Amerika Syarikat.[1][2][3] Beliau memulakan kerjaya lakonannya dengan membintangi siri drama TV petang Days of Our Lives (1988) dan Generations (1989-1991), dan kemudian berpindah ke waktu perdana, dengan membintangi sitkom NBC, Out All Night (1992 -93), berlakon bersama Patti LaBelle.

Fox mula dikenali pada 1996 dengan membintangi dua filem pecah panggung, iaitu Independence Day arahan Roland Emmerich dan filem arahan F. Gary Gray, Set It Off. Beliau kemudian membintangi filem Booty Call (1997), Soul Food (1997), Why Do Fools Fall in Love (1998), Kingdom Come (2001), Two Can Play That Game (2001), dan Boat Trip (2002). Fox memegang watak sebagai Vernita Green dalam filem Kill Bill, dan sebagai pelakon pembantu dalam filem seperti Ella Enchanted (2004).

Fox menjadi pelakon utama dalam sitkom Fox yang berjudul Getting Personal (1998), dan siri drama perubatan CBS, City of Angels (2000). Dari 2003 hingga 2006, beliau membintangi dan menerbitkan siri drama jenayah, Missing yang disiarkan di Lifetime, yang mana beliau menerima NAACP Image Award untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Drama. Pada tahun 2016, Fox kembali menjayakan watak sebagai Jasmine DuBrow dalam filem Independence Day: Resurgence.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Vivica A. Fox". Biography. Diarkibkan daripada yang asal pada March 23, 2018. Dicapai pada 15 March 2018.
  2. ^ Communications, Emmis (1 September 2002). "Indianapolis Monthly". Emmis Communications. Dicapai pada 15 March 2018 – melalui Google Books.
  3. ^ Loderhose, Gary; Price, Nelson; Hunter, William Addison; Hunter, William Young (15 March 1999). Far, Far from Home: The Ninth Florida Regiment in the Confederate Army. Emmis Books. ISBN 9781578600977. Dicapai pada 15 March 2018 – melalui Google Books.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]