Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/10 Mei
10 Mei: Hari Perlembagaan di Persekutuan Mikronesia; Hari Ibu di beberapa negara (2024).
- 1503 – Christopher Columbus dan anak-anak kapalnya menjadi orang Eropah pertama mengunjungi Kepulauan Cayman.
- 1768 – Radikal John Wilkes dipenjarakan kerana mengkritik Raja George III, mencetuskan rusuhan di London.
- 1857 – Pemberontakan Supai meletus di India kolonial, mengancam pemerintahan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
- 1869 – Upacara pancang emas (gambar replika) diadakan di Promontory, Utah bersempena siapnya Landasan Rentas Benua Pertama di Amerika Utara.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Pemimpin Nazi Rudolf Hess terjun dengan menggunakan payung terjun di Scotland dalam misi mencari perdamaian dengan UK.
Hari-hari sebelum: 9 Mei – 8 Mei – 7 Mei