Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/25 Mei
25 Mei: Hari Kebangsaan di Argentina; Hari Kemerdekaan di Jordan; Hari Pembebasan di Lubnan dan beberapa negara Afrika.
- 1521 – Diet Worms mengisytiharkan Martin Luther sebagai penjahat dan penyeleweng kerana bidaahnya.
- 1810 – Kerajaan merdeka yang pertama di Argentina, Primera Junta, diasaskan di Buenos Aires (gambar), menamatkan Revolusi Mei.
- 1895 – Republik Formosa diasaskan di Taiwan, mengisytiharkan kemerdekaan daripada China Qing.
- 1977 – Filem cereka sains fantasi Star Wars dikeluarkan, kemudian menjadi antara filem paling berjaya dalam sejarah.
- 2012 – Sebuah kapsul Dragon yang dilancarkan SpaceX menjadi penerbangan komersil pertama tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa.
Hari-hari sebelum: 24 Mei – 23 Mei – 22 Mei