Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/28 Mei
28 Mei: Hari Republik di Armenia dan Azerbaijan (1918)
- 1588 – Perang England–Sepanyol: Armada Sepanyol (gambar) berlayar dari Lisbon ke Selat Inggeris.
- 1892 – Pencinta alam sekitar John Muir menubuhkan Kelab Sierra di San Francisco, A.S.
- 1918 – Republik Demokratik Azerbaijan diisytiharkan di Ganja selepas perpecahan Republik Persekutuan Demokratik Transkaukasia.
- 1961 – Akhbar British The Observer menerbitkan rencana The Forgotten Prisoners, memulakan kempen menulis surat yang berkembang menjadi pertubuhan Amnesty International.
- 1975 – 16 negara Afrika Barat menandatangani Perjanjian Lagos, mengasaskan ECOWAS yang menggalakkan persepaduan ekonomi.
Hari-hari sebelum: 27 Mei – 26 Mei – 25 Mei