Wikipedia:Kategori/Padanan istilah terjemahan kategori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terjemahan kategori dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:


Istilah yang digunakan untuk kategori berbeza dengan istilah yang digunakan pada rencana kerana ia mementingkan senangnya penggunaan, berbanding dengan ketepatan bahasa. Tidaklah amat berguna jika sesuatu sistem pengkategorian bersifat canggih tetapi susah diikuti.

Garis panduan[sunting sumber]

Bentuk mufrad dan bentuk jamak[sunting sumber]

Bahasa Melayu tidak membezakan bentuk mufrad dan bentuk jamak. Ulangan seperti "huruf-huruf" adalah satu perkembangan kemudian ketika bilangan yang dimaksudkan adalah penting. Justera, perkataan ulangan seperti "huruf-huruf Latin" untuk kegunaan kategori tidak diperlukan dan "huruf Latin" lebih sesuai.

Penggunaan huruf besar[sunting sumber]

Huruf besar dikhaskan hanya untuk nama khas sahaja, maka Kategori:Pelakon Lelaki Malaysia adalah salah. Yang betul Kategori:Pelakon lelaki Malaysia.

Jika terdapat melebihi satu istilah yang sesuai[sunting sumber]

Jika terdapat istilah pinjamam bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas, istilah bahasa Melayu yang asli diabaikan. Ini akan mengelakkan penciptaan dua kategori yang mempunyai tujuan yang sama.

Penggunaan imbuhan[sunting sumber]

Untuk memastikan ketekalan penggunaan imbuhan, berbeza dengan laras bahasa yang walaupun tepat, kini kelihatan kelam-kabut, namun syoran Karyanet/DBP yang berikut untuk contoh "serap" ditepati:

  • absorb: menyerap
  • absorbable: terserapkan
  • absorption: serapan
  • absorbent: penyerap
  • absorption: penyerapan
  • absorbability: keterserapan
  • absorptivity: daya serap jenis

Penggunaan "di" untuk kategori berkait geografi[sunting sumber]

Untuk kategori yang berkenaan dengan geografi, "di" digunakan sebagai terjemah untuk "of the", walaupun ia tidak diperlukan. Misalnya, "Provinces of Canada" diterjemahkan sebagai "wilayah di Kanada" walaupun penterjemahan sebagai "wilayah Kanada" tidak salah. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan, khususnya tentang negara-negara yang tidak begitu dikenali. Misalnya, bagi negara rekaan "Duriana", adakah "negeri Duriana" bermakna Duriana ialah negeri ataupun ia merujuk kepada sebuah negeri di dalam negara Duriana? Maka jika kita menggunakan "negeri di Duriana", sebarang kekeliruan dapat dihapuskan. Misalnya:

  • "Container shipping companies of Denmark" ialah "Syarikat perkapalan kontena di Denmark" dan bukan "Syarikat perkapalan kontena Denmark". Tetapi "Danish container shipping companies" ialah "Syarikat perkapalan kontena Denmark" dan bukan sebaliknya.

Bagaimanapun, "Defunct media companies of the United States" ialah "Syarikat media Amerika Syarikat yang tidak berfungsi lagi", bukan "Syarikat media yang tidak berfungsi lagi di Amerika Syarikat").