Woodlands

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lokasi Woodlands di SIngapura

Woodlands, atau Woodlands New Town (Cina Ringkas: 兀兰新镇; pinyin: Wùlán Xīnzhèn; Tamil: வுடலண்ட்ஸ்) ialah satu kawasan sub-bandar yang terletak di utara Singapura. Woodlands merupakan pintu masuk ke Singapura dari Malaysia melalui Tambak Johor.

Woodlands memiliki antara pusat beli-belah terbesar di Singapura.

Perairan Woodlands.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2017, Masjid Yusof Ishak yang dibina dengan kos 15 juta Dolar Singapura (RM47.5 juta) telah dirasmikan. Masjid tersebut merupakan masjid ke-68 di Singapura. Masjid satelit yang ke-26 itu juga mampu menampung 4,200 jemaah pada satu masa. Masjid yang terletak di kawasan seluas 2,500 meter persegi di Woodlands Drive 17 itu menggabungkan seni bina masjid tradisional dan warisan Melayu. Masjid tersebut merupakan masjid kedua di Woodlands selepas Masjid An-Nur yang terletak di jalan Admiralty.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]