Zahiruddin Zabidi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi
Lahir (1977-11-04) 4 November 1977 (umur 46)
Wakaf Bharu, Kelantan
Nama penaZahiruddin Zabidi
PekerjaanPenulis, kolumnis
WarganegaraMalaysia Malaysia
PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia (Bacelor Komunikasi Masa)
GenreNovel
PasanganUmi Mawar bt Abdul Razak
Laman web
http://kalamkhalifah.com/

Zahiruddin Zabidi atau nama penuhnya Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi adalah seorang penulis di Malaysia. Beliau tidak menumpukan pada satu-satu genre dalam penulisan dengan menerbitkan pelbagai genre penulisan seperti novel, buku motivasi dan islamik.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di SRJK (C) Yuk Tse, Tumpat, Kelantan dan seterusnya dihantar ke Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas selama setahun untuk mendalami asas penghafazan al-Quran dan pengajian kitab tua. Seterusnya melanjutkan pengajian peringkat menengah di beberapa buah sekolah agama (Arab) Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan mengakhiri zaman sekolah menengahnya di Maahad Muhammadi Tumpat pada tahun 2002.[1]

Beliau kemudiannya diterima masuk ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Petaling Jaya dalam jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan (Econs), namun disebabkan konflik yang timbul beliau terpaksa menangguhkan pelajaran untuk bekerja dahulu.[perlu rujukan]

Karya[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Zahiruddin Zabidi. eSasterawan. Capaian 29-04-2023