Pergi ke kandungan

Mastif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Mastiff oleh Philip Reinagle, 1805

Mastif[a] ialah sejenis anjing besar dan berkuasa.[1][2] Mastif ialah antara anjing terbesar dan biasanya mempunyai lapis bulu pendek, ekor panjang yang terletak rendah-rendah, dan kaki besar; tengkoraknya besar dan gempal, muncung lebar dan pendek (brakisefalik), dan telinga labuh dan berbentuk loket.[1][2] Catatan Eropah dan Asia yang bertarikh kembali 3,000 tahun lalu menunjukkan anjing jenis mastif.[3] Mastif dari segi sejarah ialah anjing pengawal, yang melindungi rumah dan harta benda, walaupun sepanjang sejarah telah digunakan sebagai anjing pemburu, anjing perang, dan untuk sukan berdarah, seperti pertarungan antara satu sama lain dan dengan haiwan lain, termasuk lembu, beruang, dan malah singa.[2][3]

Biologi[sunting | sunting sumber]

Bukti sejarah dan arkeologi mencadangkan bahawa mastif telah lama berbeza dari segi kedua-dua rupa bentuk dan fungsi daripada anjing penjaga haiwan ternakan yang sama besar yang daripadanya ia berkemungkinan besar dikembangkan;[4] ia juga membentuk populasi genetik terpisah.[5] Persekutuan Kinologi Antarabangsa dan sesetengah kelab kenel mengelompokkan kedua-dua jenis bersama-sama sebagai anjing molossoid; sesetengah baka anjing penjaga haiwan ternakan moden, seperti mastif Pyrénées, mastif Sepanyol, dan mastif Tibet, dan anjing tarikan pupus yang dipanggil mastif Belgium, mempunyai perkataan "mastif" dalam nama masing-masing, tetapi tidak dianggap sebagai mastif benar.[6] Mastif Tibet telah dijual dengan harga lebih daripada $1 juta di China.[7][8] Banyak sumber lebih tua berbahasa Inggeris merujuk mastif sebagai bandog atau bandogge, walaupun secara teknikal istilah "bandog" memaksudkan anjing yang ditambat dengan rantai (atau "bande") yang kemudian dilepaskan pada waktu malam; istilah "mastif" dan "bandog" kerap digunakan secara bergantian. Salah satu program "bandog" paling terkenal di England membawa kepada pengasasan satu baka "bandog" beriktiraf yang kini dikenali sebagai bulmastif. Program "bandog" paling jarang di England dibiayai oleh Sir Nathanael Dieu-est-Mon'plaisir, iaitu St. Louis Vincent Mastiff atau South American Mastiff ("mastif Amerika Selatan") dinamai sempena Vincent Louis yang menternak anjing ladang yang berasal dari St. Louis dan bahagian lain di Amerika Selatan. Baka jarang ini ialah anjing jenis mastif paling mahal dalam kalangan baka "bandog".[9] Pada abad kedua puluh, istilah "bandog" dihidupkan semula untuk memerihalkan sesetengah anjing laga besar jenis mastif yang disilangkan dengan mana-mana buldog di Amerika Syarikat.[10]

Senarai baka mastif[sunting | sunting sumber]

Baka ekstan[sunting | sunting sumber]

Baka Nama alternatif Negara asal Kegunaan Imej
Alano Sepanyol
  • Buldog Sepanyol
Sepanyol Anjing perang, pengumpanan lembu, pemburuan buruan besar
Alapaha blue blood bulldog Amerika Syarikat Anjing pengawal
Anjing besar Denmark
  • Dogge Jerman
  • Mastif Jerman
  • Anjing pemburu babi hutan Jerman
Jerman Pemburuan buruan besar
Boerboel Mastif Afrika Selatan Afrika Selatan Anjing pengawal
Bokser Jerman
  • Bokser
Jerman Anjing pengawal, pemburuan buruan besar
Anjing Broholm
  • Anjing Broholm Denmark
  • Mastif Denmark
Denmark Anjing pengawal
Buldog Amerika
  • Old southern white bulldog
  • Old southern white
  • Buldog putih Inggeris
  • White English
  • Hill bulldog
  • Country bulldog
Amerika Syarikat Anjing pengawal, anjing tangkap, anjing ladang
Buldog benua Buldog Switzerland Switzerland Anjing teman
Buldog gunung Brazil Anjing gembala, anjing tukang daging
Buldog Inggeris
  • Buldog British
  • Buldog
United Kingdom (England) Anjing teman, dahulu pengumpanan lembu
Buldog lama Inggeris Amerika Syarikat Pewujudan semula zaman moden bagi buldog lama Inggeris yang pupus
Buldog Perancis Perancis Anjing riba
Buldogue campeiro
  • Buldog Brazil
  • Buldog desa
  • Buldog pampas
Brazil Anjing tangkap, anjing tukang daging
Bully kutta
  • Mastif India
  • Mastif Pakistan
  • Mastif Sindhi
  • Bully India
  • Bully Pakistan
India dan Pakistan Anjing pengawal, pemburuan buruan besar, anjing laga
Bulmastif Anjing malam penjaga mergastua United Kingdom (England) Anjing pengawal
Cane corso Itali
  • Cane corso
  • Mastif Itali
Itali Anjing pengawal, anjing tangkap
Anjing Chongqing China Anjing pengawal
Dogue Bordeaux
  • Mastif Perancis
  • Mastif Bordeaux
Perancis Anjing pengawal
Dogue Brazil Brazil Anjing pengawal
Dogo Argentina
  • Mastif Argentina
Argentina Anjing pengawal, pemburuan buruan besar, laga anjing
Dogo Guatemala
  • Bulterier Guatemala
Guatemala Anjing pengawal, dahulu pengumpanan lembu
Dogo Mallorca
  • Ca de bou
  • Presa Mallorca
  • Mastif Mallorca
Sepanyol Pengumpanan lembu
Fila Brazil
  • Mastif Brazil
Brazil Anjing pengawal
Fila São Miguel
  • Anjing lembu São Miguel
  • Anjing lembu Azores
Portugal Anjing gembala lembu, anjing tangkap
Anjing jalang Uruguay
  • Cimarrón Uruguay
  • Cimarrón
Uruguay Anjing pengawal
Mastif Inggeris
  • Mastif lama Inggeris
  • Mastif
United Kingdom (England) Anjing pengawal
Mastif Kurdi
  • Anjing Pshdar
  • Anjing gembala Asyur
Iraq Anjing pengawal
Mastif Napoli Itali Anjing pengawal
Presa Canaria
  • Mastif Canaria
  • Anjing tangkap Canaria
  • Dogo Canaria
Kepulauan Canaria Anjing pengawal, anjing tangkap
Anjing Rottweil Jerman Anjing pengawal
Anjing Tosa
  • Anjing laga Tosa
  • Mastif Jepun
  • Anjing Tosa Jepun
  • Anjing laga Jepun
Japan Laga anjing

Baka pupus[sunting | sunting sumber]

Baka Nama alternatif Negara atau rantau asal Zaman Kegunaan Imej
Alaunt Alaunt de Boucherie Eropah, Asia Tengah Pemburuan buruan besar, anjing pengawal, laga anjing
Buldog lama Inggeris Great Britain dan Ireland abad ke-17–abad ke-19 Pengumpanan lembu, laga anjing
Buldog mainan
  • Buldog katik
  • Buldog mainan Inggeris
United Kingdom (England) abad ke-18–awal abad ke-20 Anjing riba
Bullenbeisser
  • Bärenbeisser
  • Buldog Jerman
Jerman hingga Perang Dunia Kedua Pengumpanan lembu (sebagai bullenbeisser), pengumpanan beruang (sebarang bärenbeisser)
Dogo Cuba
  • Mastif Cuba
  • Anjing pemburu darah Cuba
Cuba abad ke-16–lewat abad ke-19 Penangkapan semula hamba pelarian, pengumpanan lembu, laga anjing
Fila Terceira
  • Mastif Terceira
  • Rabo torto
Portugal hingga 1970-an Anjing tangkap
Anjing laga Cordoba
  • Anjing Cordoba
Argentina hingga 1920-an Laga anjing
Molossus
  • Anjing pemburu Molossus
  • Mastif Epirus
Eropah Selatan Baharian Klasik Anjing perang, anjing pengawal, pemburuan buruan besar, laga anjing

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: مستيف; bahasa Inggeris: mastiff

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Oxford Dictionaries 2019.
  2. ^ a b c Young & Bannasch 2007, m/s. 49.
  3. ^ a b Encyclopædia Britannica 2019.
  4. ^ Young & Bannasch 2007, m/s. 48–49.
  5. ^ Parker 2012, m/s. 45.
  6. ^ Hancock (2001).
  7. ^ Smithsonian Magazine (Inggeris)
  8. ^ JOHNSON, BAILEY (16 Mac 2021). "Tibetan Mastiff, "Big Splash," sells for $1.5 million, world's most expensive dog". www.cbsnews.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  9. ^ Wynn (2011).
  10. ^ Fogle (2009), m/s. 36.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Hancock, David (2001). The Mastiffs: The Big Game Hunters – Their History, Development and Future (dalam bahasa Inggeris). Ducklington, Oxon, United Kingdom: Charwynne Dog Features. ISBN 9780951780114.
  • Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. ISBN 978-0-7566-6004-8.
  • Encyclopædia Britannica (2019). "Mastiff: breed of dog". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica, Inc. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  • Parker, Heidi G. (2012). "Chapter 3: The history and relationship of dog breeds". Dalam Ostrander, Elaine A.; Ruvinsky, Anatoly (penyunting). The Genetics of the Dog (dalam bahasa Inggeris). Wallingford, Oxfordshire, United Kingdom: CAPI books. m/s. 38–53. ISBN 9781845939403.
  • Oxford Dictionaries (2019). "Mastiff". Lexico.com (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. Dicapai pada 8 Jun 2024.[pautan mati]
  • Wynn, M. B. (2011). History of the Mastiff: Gathered from Sculpture, Pottery, Carvings, Paintings and Engravings (dalam bahasa Inggeris). Read Books Ltd. ISBN 978-1-4465-4892-9.
  • Young, Amy; Bannasch, Danika (2007). "Chapter 4: Morphological variation in the dog". Dalam Ostrander, Elaine A.; Giger, Urs; Lindblad-Toh, Kerstin (penyunting). The Dog and its Genome (dalam bahasa Inggeris). Cold Spring Harbor, New York, Amerika Syarikat: Cold Spring Harbor Laboratory Press. m/s. 47–66. ISBN 9780879697815.