55 Petua Kerja Berpasukan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku / Novel
Kulit buku 55 Petua Kerja Berpasukan
55 Petua Kerja Berpasukan
Siri
Pengarang Asal Mohd Fadzilah Kamsah,
Fadzli Yusof
Penterjemah
ISBN ISBN 9833372104 978-983-3372-10-1
Kod Buku
Saiz
Genre Tidak diketahui
Terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Negara Malaysia
Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 1-May-2005
Bilangan Muka Surat 172
Harga Malaysia Barat RM18.00/Malaysia Timur RM21.00(2010)

Buku 55 Petua Kerja Berpasukan dikarang oleh Mohd Fadzilah Kamsah, dan Fadzli Yusof diterbitkan pada 1-May-2005 dengan harga Malaysia Barat RM18.00/Malaysia Timur RM21.00(2010). Ia diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd dalam bahasa Melayu dengan nombor ISBN10 9833372104 /ISBN13 978-983-3372-10-1.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Anda sememangnya perlukan orang di sekeliling bagi meneruskan hidup ini. Tidak kira sama ada melakukan kerja sekolah, kerja rumah, bercedung di bendang, tugasan universiti, kertas kerja pejabat, projek korporat, jual beli saham, konsert amal dan hampir kebanyakan kerja; kita perlukan orang lain di sekeliling kita. Justeru, kita semua perlu memahirkan diri bekerjasama dengan orang lain. Salah satu kemahiran penting adalah kemahiran bekerjasama dalam satu pasukan.

Buku kecil ini menyediakan 55 petua ringkas yang mungkin berguna sebagai panduan untuk anda semasa bekerja dengan orang lain. Ia merangkumi asas-asas kerja berpasukan, menghadapi kerenah orang yang beraneka ragam, bagaimana hendak membina kebersamaan, mengagihkan kerja dan peranan, mengendalikan mesyuarat, teknik komunikasi, dan menghadapi konflik. Selain daripada itu, terdapat tiga aktiviti pilihan yang sesuai untuk menyegarkan semangat kerjasama anda dan rakan-rakan.

Sebahagian petua di dalam buku ini diadaptasi daripada buku Mengurus Kerja Berpasukan yang diterbitkan pada awal 2004. Jika anda sudah pun memiliki buku itu, jangan pula rasa rugi memiliki buku ini. Ini kerana, idea-idea itu diolah dan dicanai semula dengan tambahan fakta dan ilmu daripada sumber-sumber lain. Selain daripada itu, buku idea-idea di dalam buku ini disampaikan dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Tidak sedikit idea-idea baru berdasarkan cerita-cerita benar dan pengalaman-pengalaman yang diperoleh sepanjang penglibatan kami dalam bidang pembinaan insan. Apabila ada idea yang sudah anda tahu, anggaplah ia sebagai satu tazkirah. Apabila ada idea baru, anggaplah ia ilmu yang patut dimanfaatkan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]