5 World Trade Center

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
5 WTC, sudut kanan atas

Five World Trade Center (5 WTC) ialah sebuah bangunan pejabat sembilan aras berangka keluli yang dibina pada tahun 1970–72 di World Trade Center, Bandar Raya New York. Ia mengalami kemusnahan teruk dan runtuh separa di aras-aras atasnya kesan serangan 11 September pada tahun 2001. Seluruh bangunan terpaksa dirobohkan menjelang Januari 2002 untuk membuka ruang kepada pembinaan semula.

Strukturnya berbentuk "¬" dan menduduki sudut timur laut tapak WTC. Matra keseluruhannya ialah 330 kali 420 kaki (100 kali 130 meter), dengan purata keluasan 120,000 kaki persegi (11,000 m²) searas.

Terminal bawah tanah World Trade Center terletak di bawah sahaja dan boleh dimasuki melalui bangunan ini. Dalam dataran bawah tanah bangunan ini terletaknya banyak kedai dan restoran, termasuklah kedai buku Borders yang terbesar di Bandaraya New York yang menjangkau tiga aras di sudut bangunan yang berdekatan dengan simpang Church Street dan Vesey Street.

Di situlah terletaknya "Survivors' Staircase" yang dijumpai semula dari bawah tanah bangunan setelah 5 WTC dirobohkan.

Banguna baru Two World Trade Center dibina di atas tapak bekas 5 World Trade Center.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:World Trade Center

Koordinat: 40°42′43″N 74°00′41″W / 40.7120°U 74.0113°B / 40.7120; -74.0113