Abd Al-Malik Ibn Quraib Al-Asmai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Abd Al-Malik Ibn Quraib Al-Asmai merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 740 - 828.

Abd Al-Malik merupakan seorang philologis yang membuat sumbangan berharga dalam bidang Zoologi, Botani, dan penjagaan haiwan.

Beliau dilahirkan di Basrah pada 740 C.E. Dia merupakan Dia merupakan seorang yang alim dan pelajar yang baik dalam bidang sastera Arab. Al-Asmai dianggap sebagai pakar sains Islam pertama yang menyumbang kepada bidang Zoologi, Botani, dan penjagaan haiwan.

Tulisannya yang terkenal termasuk Kitab al-Ibil, Kitab al-Khalil, Kitab al-Wuhush, Kitab al-Sha, dan Kitab Khalq al-Insan. Buku terakhirnya tentang anatomi manusia membuktikan pengetahuannya yang mendalam dan meluas mengenai bidang tersebut. Al-Asmai meninggal pada 828 C.E.

Minat dalam pembiakan kuda dan unta mendorong kepada hasil kerja saintifik bersistematik oleh orang Arab seawal abad ke tujuh. Ketika pemerintahan Khalifah Umayyad, pengkelasan dan sifat haiwan dan tumbuhan dikaji dan dirakamkan oleh beberapa pakar sains. Hasil kajian Al-Asmai amat popular dikalangan pakar sains ketika abad ke sembilan dan kesepuluh

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Tokoh dunia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.